Connect with us

AGAMA

Doa Ibu Bapa: 5 Doa Untuk Ibu Bapa Dan Cara Berbakti Dengan Ibu Bapa

Published

on

Doa Ibu Bapa 5 Doa Untuk Ibu Bapa Dan Cara Berbakti Dengan Ibu Bapa

Doa Ibu Bapa. Ibu bapa adalah insan yang paling istimewa di dalam hidup kita. Malah, kasih sayang mereka lebih mahal dari segalanya.

doa ibu bapa

Justeru itu, sebagai seorang anak kita perlulah menjaga dan menghargai kedua ibu bapa kita dengan sebaiknya. Ini kerana tanpa doa dari mereka hidup kita tidak akan mendapat keberkatan dan mungkin sukar untuk kita berjaya. Jadi, selagi kita mempunyai ibu bapa, jagalah dan hargailah mereka. Tanpa doa mereka kita mungkin tidak akan berjaya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Antara Doa Ibu Bapa Yang Boleh Kita Amalkan Dalam Kehidupan Seharian Kita

Selain itu, sebagai seorang anak kita juga perlulah sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita dalam kehidupan seharian kita. Ada bermacam doa ibu bapa yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah:

1- Surah Ibrahim Ayat 41

doa ibu bapa

Maksudnya: 

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

2- Surah Nuh Ayat 28

doa ibu bapa 1

Bacaan Rumi:

Rabbigh firli wa liwa lidayya wa liman dakhola baiti mukminan walil mukminina wal mukminati wala tazidizholimina illa tabara

Maksudnya: 

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.

Baca Juga: Bacaan Tahiyat Akhir : Panduan Dan 7 Syarat Membaca Selawat Dalam Tahiyat

3- Surah An- Naml Ayat 19

doa ibu bapa 2

Bacaan Rumi:

Rabbi auzi’ni an ashkuro ni’matakal lati an ‘amta ‘alaiya wa ‘ala wa lidayya wa an a’mala solihan tardhohu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas solihin

Maksudnya: 

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”

4- Surah Al Isra

Doa ibu bapa 3

Maksudnya:

Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

5- Doa Untuk Diri Sendiri Dan Ibu Bapa

Doa ibu bapa 4

Maksudnya: 

Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Kita

Sebagai seorang anak kita di wajibkan untuk menghormati kedua ibu bapa kita. Malah, kita  diarang sama sekali untuk berkasar atau mengecilkan hati mereka. Ia boleh menyebabkan kita menjadi seorang anak yang derhaka dan mungkin sahaja boleh menyebabkan hilangnya keberkatan di dalam hidup kita.

Justeru itu, sebagai anak kita perlulah melayani kedua dan selagi mereka masih hidup kita bertanggubjawab untuk berbakti dengan mereka  seseperti mana mereka sanggup bersusah payah untuk membsarkan kita dan memberi kita ilmu agama yang mencukupi. Justeru itu, selagi mereka masih hidup berbaktilah dengan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Selain dari memabaca doa ibu bapa, ada beberapa cara lagi untuk kita berbakti kepada ibu bapa. Antara caranya ialah:

  • Menghulurkan bantuan kewangan @ material
  • Menyediakan tempat tinggal
  • Memberi kasih sayang
  • Memberi perhatian
  • Memenuhi permintaan
  • Melakukan apa yang disukai
  • Bercakap dengan lemah lembut
  • Menghadiahkan kejayaan
  • Meluangkan masa bersama-sama
  • Membaca doa ibu bapa setiap kali selepas solat

Ibu Bapa Adalah Permata Paling Berharga Dalam Hidup Kita

Kesimpulanya, setiap kali selepas solat kirimkan doa ibu bapa kita. Tidak kiralah sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Kalau mereka sanggup mendoakan kita selalu kenapa pula kita tidak membaca doa ibu bapa kita?

Ia secara tidak langsung membuktikan kita seorang yang sangat menyayangi kedua ibu bapa. Jadi sentiasalah membaca doa ibu bapa dalam kehidupan seharian kita. Terutama sekali untuk mereka yang telah meninggal dunia. Jadi, anda boleh jadikan doa ibu bapa yang 

Rujukan: Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.