PANDUAN
Duit Simpanan Anak Mencecak 5 Angka Setahun. Ibu Ini Kongsi Tipsnya
Duit Simpanan Anak Mencecak 5 Angka Setahun. Ibu Ini Kongsi Tipsnya
Jom ikuti perkongsian Puan Aminatul Marrdiah ini. Caranya membuat simpanan untuk anaknya memang lain dari yang lain dan kalaulah ibu-ibu lain boleh ikut, memang dalam masa setahun menimbun juga jumlahnya.
Setiap ibu bapa pastinya akan berusaha sehabis baik dalam memastikan masa depan anak-anak mereka adalah cerah. Salah satu cara adalah dengan berusaha membuat simpanan untuk anak-anak.
Baca lagi di : “Letak 25 Bekas Dadih Dapat RM8 Je, Tu Pun Seringgit Duit Koyak” – Pelajar Menangis Kenang Nasib
Apa pun ini hanyalah guideline daripada Puan Aminatul, anda boleh praktikkan ikut kemampuan diri anda. Cara yang beliau buat inilah yang membolehkan simpanan anaknya mencecah RM12,600 dalam tempoh setahun.
Mungkin Rasa Terbeban Tapi Hasilnya Anak Kau Ada Simpanan
Harini saya nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk ibu bapa nak menyimpan untuk anak-anak.
- Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tersebut boleh bagi motivasi nak menyimpan. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20.
- Berbelanja. Tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick-nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.
- Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet atau handbag tu, masukkan semua RM20 yang ada ke dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata; Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai! Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
- Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kita ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
- Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak boleh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat Trick LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM20 terkorban dalam satu hari. Keluar juga air mata bonda. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12,600 untuk anak kami si Eusoff.
Aik macam mana boleh banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa Duit simpanan anak RM20?
1. Lebih Senang Nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kena simpan. Secara automatik kita akan tepikan. Tak terlalu besar macam RM50 sampai terasa macam nak tersedak bila diasingkan.
2. Terjamin Jumlah Simpanan
Dengan menyimpan RM20, dah mula latih diri dan minda tanpa sedar bahawa RM20 ini adalah hak anak. Mula-mula rasa terbeban tapi lama-lama akan rasa seronok tengok duit makin banyak.
3. Paksa Diri Suami Isteri
Kalau tak paksa diri, kita akan shopping online secara berleluasa sehingga nak menyimpan terasa payahnya. Jangan risau kau takkan mati kebuluran.
Pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 juga boleh dapat sebulan.
Bila dikira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang dibuat ni, hasilnya RM12,600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari berjaya disimpan!
Tak perlu memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan mula dulu. Selagi tak mula, selagi itulah botol tempeyek tersebut akan kosong.
Kesimpulannya, parents memang boleh paksa diri untuk buat Duit Simpanan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit.
Akhir sekali bawalah duit tersebut ke bank dan masukkan dalam akaun simpanan atas nama anak dan perasaan bahagia dan tenang bila tahu,apa-apa hal anak sudah pun ada duit simpanan anak.
Tak banyak pun Duit Simpanan at least ada. Kan?
Selamat mencoba…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: nuraminahtul mardhia, mingguanwanita / Yahoo / Majalah Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.