PANDUAN
Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan
Ada beberapa jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai petua untuk merawat masalah muka berjeragat. Selain itu anda juga boleh ke farmasi untuk mendapatkan krim yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit wajah berjeragat.
Masalah Jeragat di muka sering merunsingkan kaum wanita. Jeragat terbentuk dari pengumpulan minyak, sel kulit mati dan bakteria di liang pori menyebabkan berlakunya lekukan kecil pada kulit wajah. Jeragat kebiasaannya kelihatan di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.
Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan
1) Campurkan satu sudu susu tepung dengan sedikit perahan jus limau nipis. Jadikan ia seperti masker dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan di muka sehingga kering. Akhir sekali cuci dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.
2) Cara kedua ini sangat mudah dan boleh diamalkan setiap hari. Anda hanya perlu mengambil sehelai daun sirih muda setiap pagi dan gosok di bahagian kulit muka yang berjeragat.
3) Perah jus lemon kemudian ambil bebola kapas dan celupkan dalam jus lemon. Lekapkan bebola kapas itu ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan seketika. Akhir sekali cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya.
4) Ambil satu sudu teh baking soda dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Tetapi jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, tips menggunakan baking soda ini mungkin tidak sesuai untuk kulit anda.
5) Gosokkan hampas kelapa ke seluruh muka anda. Biarkan untuk kira-kira 20 minit sebelum di cuci bersih. Penggunaan hampas kelapa bukan sahaja dapat membantu menghilangkan jeragat tetapi akan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih halus dan gebu.
6) Cara seterusnya adalah dengan menggunakan campuran tepung jagung dan cuka epal cider. Sapukan ke bahagian muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih.
Harus diingatkan sekiranya anda mengalami alergi ketika mencuba mana-mana tips yang dikongsikan ini, sila berhenti mengamalkan tips tersebut.
Ini mungkin disebabkan kulit anda alah kepada bahan yang anda gunakan itu. Pilih untuk menggunakan bahan yang betul serasi dengan kulit muka anda.
Semoga Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang lebih bersih dan berseri.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: semasapost.com / Majalah Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.