SEMASA
Ibu Sudah 83 Tahun,Terpaksa M3ng3sot Ke Bilik Air Seorang Diri Sewaktu Ketiadaan Anak, Anak Risau Akan keadaan Ibunya
Bunga terpaksa melakukan semua itu sendirian di rumahnya di Jalan Hutan Kampung di Alor Setar, setiap kali anak bongsunya, Shahrul Nizam Saad, 41, yang masih bujang, keluar bekerja sebagai tukang kebun.
Umurnya sudah menjangkau 83 tahun, namun Bunga Yassin masih mampu bergerak walaupun dalam keadaan mengengsot untuk melakukan tugas harian termasuk mandi, mengambil wuduk dan memasak.
Menurut Shahrul, ibunya tidak mahu orang lain membantu menguruskannya kerana lebih selesa melakukannya sendiri.
PERNAH BUAT PAPAN RODA
“Saya ada membuat papan roda untuk memudahkan emak bergerak, namun dia tidak selesa dan lebih suka mengengsot.
“Saya juga bimbang kalau hujan, rumah kami dimasuki air kerana bumbung bocor dan sehingga kini tidak mampu membaikinya,” katanya yang hanya berpendapatan RM700 sebulan.
Sementara itu, nasib dua beranak itu mendapat perhatian Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hassanudin Samsudin bersama wakil Mumtaz Event Kak Teh Al Falah, Rohayati Ayob yang menyampaikan sumbangan kepada mereka.
ANAK BIMBANG
“Saya bimbang dengan keadaan emak yang sudah uzur dan terpaksa mengengsot ke bilik air seorang diri ketika saya tiada di rumah kerana bekerja sehingga 5 petang.
“Pernah satu ketika, emak sedang memasak tetapi terlupa menutup api dapur, mujur tidak terbakar rumah kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Shahrul berkata, ibunya sebelum ini boleh bergerak seperti biasa sebelum mengalami sakit lutut dan tidak boleh berjalan sejak empat tahun lalu menyebabkan dia terpaksa mengengsot.
Mimbarraudhah: Semoga diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya. Sama-sama kita doakan yang terbaik.
Sumber: MY SUMBER MAYA
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.