Connect with us

SEMASA

Inilah Alasan Cristiano Ronaldo Mengalihkan Minuman Jenama Ini Menyebabkan Saham Jatuh 4 Bilion

Published

on

Jenama minuman terkemuka, Coca-Cola dilaporkan mengalami penyusutan nilai pasarannya selepas bintang bola sepak dunia yang juga pemain Portugal, Cristiano Ronaldo dilihat mengalihkan dua botol air syarikat itu dari meja ketika sidang media pasukan tersebut sempena kejohanan Euro 2020 yang sedang berlangsung.

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo mengetepikan 2 botol air keluaran Coca-Cola dari atas mejanya dan menggalakkan orang ramai untuk minum air mineral.

Akibat dari perbuatannya itu, nilai pasaran Coca-Cola telah menjunam dan mengaIami kerug1an sebanyak AS$4 bilion atau RM16.4 bilion dalam masa hanya 1 hari selepas video tersebar.

Harga saham Coca-Cola sebelum ini merekodkan nilai AS$56.10 (RM231) dan sekarang bernilai AS$55.22 (RM227.39).

Tindakan Ronaldo pada waktu itu hanyala tindakan spontan kerana dia mengamalkan diet yang ketat dan mengeIak daripada mengambil kandungan gula yang banyak.

Menariknya, tindakan Ronaldo itu ‘berjaya’ menyebabkan Coca-Cola kehilangan AS$4 bilion.

Menurut laporan agensi berita Sepanyol, Marca, saham Coca-Cola menyusut sebanyak 1.6% sekali gus menjadikan permodalan pasaran syarikat berkenaan bernilai AS$238 bilion lebih rendah berbanding AS$242 bilion sebelum itu.

Saham Coca-Cola berada pada paras AS$56.10 ketika pasaran saham dibuka pada 3 petang di Eropah semalam.

Namun, 30 minit kemudian setelah selesai sahaja sidang media berkenaan, saham Coca-Cola susut kepada AS$55.22 sesaham.

Coca-Cola serta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Berdasarkan laporan Mail Online, kedua-dua organisasi berkemungkinan tidak gembira dengan tindakan Ronaldo berikutan beliau telah menunjukkan ‘rasa tidak hormat’ kepada Coca-Cola yang menjadi rakan penaja kejohanan Euro sejak 1988.

Sebelum ini, Ronaldo pernah menegaskan beliau tidak menyukai minuman bergula dan sangat dispilin tentang penjagaan kesihatan, malahan pemain kelab Juventus itu sering memarahi anak lelaki, Cristiano Ronaldo Jr yang gemar makan makanan tidak berkhasiat seperti kentang goreng dan minuman berkarbonat.

Sumber:harianmetro dan intraday

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.