Connect with us

SEMASA

“Saya MusIim Tak Minum Λrak”-Selepas Ronaldo ‘Kerjakan’ Cola, Pogba Pula ‘Kerjakan’ Heineken

Published

on

Tindakan pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola ketika sidang media mendapat perhatian netizen selain turut menyebabkan syarikat minuman ringan itu mengalami kerugian sebanyak RM16.5 Billion selain sahamnya yang turut jatuh menjunam.

Ronaldo yang terkenal dengan sifat yang cerewet dari segi diet pemakanan bertindak mengalihkan botol minuman itu selain turut menyeru kepada orang ramai untuk lebih minum air kosong.

Terbaru, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan perkara yang sama seperti yang dibuat Ronaldo selepas dia bertindak mengalihkan botol minuman alkohol, Heineken yang ketika itu menjadi prop penaja ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020.

Paul Pogba yang dikenali sebagai seorang pemain bola beragama islam dan tidak meminum minuman keras kelihatan kurang fokus ketika sidang media tersebut sebelum bertindak mencapai botol itu dengan jarinya dan diletak di bawah meja yang kemudiannya meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.

Hal seperti ini perlu menjadi pengajaran kepada UEFA agar berhati-hati dalam memilih penaja kerana produk seperti itu jelas tidak mewakili atlet dan sukan oleh kerana ia tidak sihat.

Kejadian kesilapan penjaan ini juga pernah mendapat kritikan di Liga Perdana Ingeris (EPL) oleh kerana ditaja oleh coklat Cadbury yang jelas merupakan makanan yang sangat manis dan bergula tinggi serta tidak berkesesuaian dengan nama sukan tersebut.

Sumber: Axello.net via Ohmedia

Bagaimana Islam Mengetuk Pintu Hati Pogba & Isteri

Semua orang tahu bahawa pemain tengah Manchester United adalah seorang Islam. Seperti yang beliau pernah kongsikan sebelum ini, Pogba bukanlah seorang Islam sejak lahir.

Beberapa perkongsian di Instagram sebelum ini turut memaparkan bagaimana Pogba beribadah, menampilkan sisi berlainan pemain ini yang kebiasaannya amat dikenali dengan populariti ibarat selebriti.

Salah satunya ialah apaboa Pogba berkongsi ibadah umrah yang beliau lakukan setelah membawa Manchester United meraih gelaran Liga Europa pada 2017.

Beliau kini dikatakans sedang membimbing isterinya pula ke arah Islam. Tetapi tahukah anda kisah di sebalik Pogba sendiri?

Datangnya hidayah

Walaupun ibunya adalah seorang Islam, Pogba sebenarnya bukan tertarik kepada Islam melalui ibu kandungnya itu.

Ibu Pogba dalam satu laporan oleh Independent berkata, dirinya tidak pernah meminta atau memaksa ketiga-tiga anak lelakinya memeluk agama Islam.

Sebaliknya ia adalah melalui rakan-rakannya saat Pogba mulai jatuh cinta dengan Islam.

Menurut laporan Indenpdent lagi, pada usia remaja Pogba sedang mengalami kesulitan dan sedang menanti ketenangan. Beliau mulai mengikuti rakan-rakan muslimnya dan merasakan sesuatu yang berbeza.

Paul Pogba menemukan islam justru dari teman-teman sepermainan dan bukan dari sang ibu yang sejatinya seorang muslimah.

“Itu (Islam) datang kerana saya mempunyai ramai rakan beragama Islam. Kami selalu berbicara. Saya bertanyakan banyak hal, kemudian saya mulai melakukan penelitian sendiri,” katanya.

“Saya berdoa sekali dengan rakan-rakan dan merasakan sesuatu yang berbeza. Saya merasa sangat baik. Sejak hari itu saya terus melakukannya. Solat lima waktu sehari sebagai salah satu rukun Islam,” tambahnya.

Meluaskan syariat Islam

Setelah menjadi muslim, Pogba mengakui jika dirinya berubah menjadi lebih baik dan membuat hatinya lebih damai dari sebelumnya. Banyak perubahan positif yang beliau rasakan, termasuk sikap saling menghormati satu sama lain.

“Islam benar-benar sebuah agama yang membuka fikiranku, dan membuatkan diri saya menjadi orang yang lebih baik. Bahkan ketika bersama dengan bukan seorang Muslim, anda harus tahu menghargai tanpa membezakan agama atau warna kulit.

“Inilah Islam, penghormatan terhadap kemanusiaan dan segalanya,” tambah Pogba lagi.

Pogba kini nampaknya turut mahu Islam terus berkembang mekar di dalam keluarganya. Tahun, isteri beliau, Maria Zulay Salaues mulai berpenampilan penutup khas seorang muslimah.

Kebiasanya Maria Zulay Salaues selalu tampil terbuka. Tetapi pada awal bulan Ramadan. beliau memilih untuk berhijab. Hal itu diketahui dari postingan Instagram yang dikongsi oleh Zulay.

Sumber: Independent

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.