Sentiasa low profile tak sangka Jutawan Melayu kini Owner Hotel 42 Tingkat Di Tengah Kuala Lumpur.

Pasal Kampung Baru,rasanya hampir semua rakyat Malaysia pernah mendengarnya kan? Nama Kampung Baru kerap masuk dalam berita, menjadi lokasi penggambaran dan juga terkenal kerana mempunyai kawasan makan yang sedap-sedap.

Namun, ada satu kisah yang sangat jarang diketahui oleh orang ramai berkenaan Kampung Baru ini. Ia merupakan kampung halaman kepada seorang jutawan yang sangat merendah diri dalam kehidupan seharian namun mempunyai jasa dan sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat.

Kisah hidupnya juga mampu untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai. Jutawan yang dimaksudkan adalah Mohd Khay Ibrahim. Beliau juga menjadi pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru yang penuh dengan sejarah itu.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook Syahril A.Kadir, dia ada berkongsikan kisah secara ringkas mengenai jutawan ini. Mohd. Kay merupakan pengasas kepada Zikay Group Berhad.

Beliau yang merupakan seorang lulusan perakaunan daripada UITM ini telah memulakan perniagaan ini bersama-sama dengan adiknya, Iszhar pada tahun 1994. Pada peringkat permulaan, mereka hanyalah sebuah syarikat kontraktor kecil landskap.

MENCEBURI BEBERAPA SEKTOR PERNIAGAAN

Bermula dengan langkah pertama tersebut, mereka kemudiannya mulai menceburi beberapa jenis bidang lain seperti pembangunan hartanah, insfrastruktur, perkilangan pendidikan dan juga hospitaliti.

Mereka juga ada terlibat dalam penyediaan platform teknologi yang mengetengahkan konsep kewangan Islam dan patuh syariah selain turut meliputi pembiayaan perusahaan PKS.

MENDIRIKAN HOTEL RM200 JUTA 42 TINGKAT

Hebat tak hebat beliau apabila beliau turut melebarkan sayap perniagaan didalam bidang hospitaliti dengan membina sebuah hotel 42 tingkat yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 200 juta.

Hotel yang diberi nama TAMU ini mempunyai 276 bilik dan 129 servis suite yang terletak dihadapan Masjid Jamek Kampung Baru. Ada kisah menarik dalam pembinaan hotel ini kerana pada awalnya beliau hanya mahu membina sebuah bangunan bagi operasi syarikatnya sahaja.

Bangunan tersebut memerlukan satu lot bekas tapak bangunan Wisma Dagang di Jalan Raja Alang. Bangunan operasi perniagaannya itu kemudiannya dikenali sebagai Bangunan Zikay. Namun kemudian beliau memilih untuk membeli sebidang tanah lagi yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Zikay.

Keyakinan beliau hadir daripada seorang sahabat yang datang mengunjungnya bahawa tanah tersebut sangat berpotensi untuk dimajukan. Rakan beliau merupakan seorang daripada luar negara dan dia mengatakan bahawa beliau mempunyai sebuah bangunan yang sangat hebat yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

TERUS YAKIN UNTUK MEMAJUKAN DAN MEMBINA TAMU

Hasil keyakinan yang hadir selepas berbual dengan rakannya itu telah mendorong beliau untuk membina sebuah lagi bangunan di sebelah Bangunan Zikay itu dan beliau berjaya untuk membeli tanah yang seluas 0.8 hektar itu daripada 6 beradik.

Selepas 8 tahun dari tarikh tersebut, beliau berjaya mendirikan sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Tamu & Suites. Tanah terletaknya hotel tersebut didirikan mempunyai status ‘Penempatan Pertanian Melayu’ dan ia setaraf dengan Tanah Rizab Melayu.

DIGELAR GILA SEBAB NAK BUAT BANGUNAN 42 TINGKAT!

Biasa la kan bila kita nak keluar dari kebiasaan dan melakukan sesuatu yang luarbiasa, mesti akan ada yang kata kita gila dan macam-macam lagi. Haters tu mesti ada. Sama juga dalam kes Mohd Khay Ibrahim ini.

“Pada mulanya, ada yang kata saya tak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat. Ada juga yang tak percaya projek saya ini boleh siap,” katanya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah.

Menurut beliau, apabila Hotel Tamu & Suites siap dibina, nilai hartanah di situ meningkat sebanyak 50 peratus. Jelasnya, beliau memilih untuk mewujudkan jenama hotel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah popular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.

“Kita tidak mahu ada benda-benda syubhah di sini (hotel). Secara tak langsung juga kita memberi pilihan pada mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, untuk memilih tempat kerja yang mesra syariah,” katanya sambil menjelaskan usaha yang dibuatnya itu adalah fardhu kifayah yang perlu beliau laksanakan sebagai seorang Muslim.

Selain itu, beliau dengan tegas memberitahu bahawa dirinya sebagai fundamentalis Muslim, beliau percaya hanya dengan kembali kepada ajaran Islam seseorang itu boleh berjaya.

“Jika kita lihat sejarah kegemilangan Islam ia adalah semasa di zaman Rasulullah, zaman sahabat dan zaman pemerintahan khalifah di mana mereka amat berpegang kepada ajaran agama. Jadi, kenapa kita (Muslim) sekarang mahu lari daripada Islam?” katanya.

SALUTE SEBAB TAK KORBANKAN PRINSIP ISLAM

Menerusi perkongsian ini juga, beliau layak untuk menerima sanjungan kerana mereka mampu untuk bersaing dengan yang bukan Islam tanpa perlu mengabaikan prinsip Islam.

Beliau juga lima orang anak yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Beliau memastikan kesemua anak lelakinya menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam.

Beliau melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan terjemahan di syarikatnya pada setiap pagi, sejak berbelas tahun dahulu.

Semoga Datuk Mohd. Khay dan syarikatnya terus istiqamah dalam perjuangan mereka dalam dunia korporat yang menjanjikan 1,001 cabaran yang menguji akal, minda dan kesabaran ini, Insya Allah.

SUMBER : FACEBOOK Syahril A.Kadir,

 

Leave a Comment

error: Content is protected !!