Connect with us

MOTIVASI

Kagum dengan owner muslim Dengan kaedah Sunquick Dan gula-gula H4cks Di Malaysia

Published

on

Penulis baru tahu kisah ini. Siapa sangka gula-gula yang sangat popular dari zaman penulis masih kecil sehingga sekarang ni dimiliki oleh Muslim sendiri. Bukan setakat gula-gula H4cks sahaja, malah jus Sunquick juga dimiliki oleh individu yang sama.

Hasil daripada perkongsian di laman Facebook Syahril A. Kadir, penulis ingin kongsikannya disini. Menerusi perkongsian tersebut, ada diceritakan kisah bagaimana Datuk Seri Barkath Ali Haji Abu Backer menjadi penghasil gula-gula H4cks dan jus Sunquick di Malaysia.

Kalau sebut nama beliau dan Kumpulan Barkath, rasanya tak ramai yang tahu mengenai mereka kan? Penulis pun sama. Jadi di kesempatan kali ini jom kita sama-sama baca dan mengambil inspirasi daripada idea dan visi bisnes mereka.

“GULA-GULA H4CKS DAN JUS SUNQUICK…INILAH TAUKEHNYA

Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula H4cks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan. Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula H4cks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.”

ARWAH BAPA HUBUNGI PIHAK PENGELUAR

Hebatnya mereka yang berjaya menjadi peneraju dalam setiap bidang adalah visi dan kemampuan mereka melihat potensi yang ada pada satu-satu cabang bisnes. Inilah apa yang dilakukan oleh arwah Haji Abu Backer.

“Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula H4cks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Ha4cks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal H4cks untuk Malaya dan Singapura.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula H4cks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula H4cks di Malaysia.”

DIHANTAR KE ENGLAND UNTUK BELAJAR BUAT H4CKS

“Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran H4cks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat H4cks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!”

Hebat rupanya daya fikir dan kemampuan untuk menghidu peluang yang ada yang ditunjukkan oleh arwah Haji Abu Backer dan Datuk Seri Barkath ini. Sebenarnya inilah apa yang harus ada dalam diri setiap kita yang bergelar Muslim supaya kita bukan hanya menjadi pengguna produk-produk besar dunia sebaliknya berusaha untuk memiliki mereka atau menghasilkan jenama yang mampu bersaing dengan mereka.

SUMBER : FB SYAHRIL A. KADIR

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.