MOTIVASI
[VIDEO] Doakan Buat Kak Anis, Akak Istimewa Buat Live Gigi Cari Rezeki, Netizen Pakat ‘Support’
[VIDEO] Doakan Buat Kak Anis, Akak Istimewa Buat Live Gigi Cari Rezeki, Netizen Pakat ‘Support’
Akan tetapi, kita semua perlu sentiasa bersyukur kerana walau apa sahaja dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup kita, kita kena sentiasa beringat bahawa ada lagi orang lain dalam dunia ini yang lebih hebat dugaan dan cabarannya dalam menempuh perjuangan dalam hidup ini.
Mungkin kita semua pernah merasa penat, putus asa dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perjuangan dalam hidup kita.
Seperti seorang pengguna TikTok bernama anisa_samsudin ini, beliau boleh dikategorikan sebagai seorang insan yang hebat dan luar biasa.
Kekurangan dari segi fizikal bukanlah suatu penghalang untuknya mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.
Menurut penjelasan di dalam salah satu video yang dimuat naiknya, beliau lahir dengan fizikal yang sihat dan normal. Namun ketika beliau berumur 9 bulan, beliau telah didiagnosis dengan penyakit kanser mata.
Kerana terlambat untuk merujuk ke hospital, doktor telah sarankan untuk membuat pembedahan pada sebelah matanya sahaja, dan tak lama kemudian matanya yang lagi sebelah telah berjangkit. Dan pada ketika dia berusia 10 bulan, beliau difahamkan telah menjadi buta sepenuhnya.
Video: https://www.tiktok.com/@anisa_samsudin/video/6960650225325280514
Namun begitu, kekurangan tersebut tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mencari rezeki yang halal.
Difahamkan bahawa, beliau ada berniaga dengan membuat live di media sosial bagi mempromosikan barangan yang dijualnya itu demi kelangsungan hidup di musim pandemik ini.
Bagi yang mahu membeli barang yang dijualnya itu, boleh lah tengok di akaun TikToknya atau terus mesejnya melalui Whatsapp seperti yang terdapat pada profile akaun TikToknya itu.
Melihat kepada akaun TikToknya, beliau juga turut mesra menjawab soalan-soalan yang diajukan warganet kepadanya.
Manakan tidak, dengan keadaannya itu, warganet pasti ingin tahu bagaimana yang beliau menjalani kehidupan seharian dan sebagainya.
Namun dalam banyak-banyak soalan yang diajukan itu, ada satu soalan yang dijawabnya, amat menyentuh hati.
Saoalan tersebut menyatakan bahawa jika beliau diberikan rezeki suatu hari nanti untuk melihat buat pertama kali, apakah yang beliau akan buat.
“Kak Anis akan tengok muka semua family Kak Anis termasuk mak ayah Kak Anis adik-beradik Kak Anis, anak-anak dan suami Kak Anis.
“Sebab Kak Anis rindu sangat nak tengok muka dorang, sebab kak Anis tak pernah tengok pun muka siapa-siapa pun,” ujarnya.
Tambahnya lagi, impian tersebut seakan tidak akan menjadi kenyataan kerana pihak doktor menyatakan kepadanya yang saraf matanya telah rosak sepenuhnya.
“Tapi kalau nak ikutkan kata doktor, Kak Anis takde harapan untuk melihat semula sebab mata Kak Anis dah rosak habis. Saraf Kak Anis dah rosak juga.
“Jadi, ada penderma doktor nak derma mata kat Kak Anis, tapi doktor kata memang tak boleh, tak sesuai dan tak boleh. Doakan Kak Anis boleh tengok dekat syurga” katanya.
Video: https://www.tiktok.com/@anisa_samsudin/video/6975644577583680769
Sumber: anisa_samsudin Via SIAKAP KELI
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.