Connect with us

PANDUAN

(VIDEO) ‘Rezeki Terbuka Satu Persatu’, Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan

Published

on

(VIDEO) ‘Rezeki Terbuka Satu Persatu’, Inilah Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan

Seperti yang anda tahu, 5 ke 6 tahun yang lalu, syarikat saya melalui kegawātan yang tidak tandingi. Jadi kita tidak dapat survice. Jadi saya terpaksā buat macam-macam termasuk menjual rumah saya.

Kita bertemu dengan orang, tidak pernah secara kebetulan. Saya bertemu dengan seorang ini, yang memberikan saya satu amalan untuk meluaskan rezeki.

Jadi satu hari saya bertemu dengan PERGAS (Persatuan Guru-Guru Agama Islam Singapura). Dan di sana saya bertemu dengan Ustaz Hasbi. Kita ada mesyuarat kerana mereka ingin saya buatkan satu video untuk mereka gunakan dalam kempen zakat mereka.

Saya jual rumah landed saya, dan saya pindah ke flat HDB dan lebihan daripada duit itu kita gunakan untuk business, bayar gaji dan sustain the business.

Tapi selepas mesyuarat itu, saya perhatikan Ustaz Hasbi, dia dari jauh tengokkan saya. Dia tenung. Saya cakap, kenapa ye dia tengokkkan kita macam gini?

Jadi saya rasa macam hairan. Dia panggil saya, dia cakap,

“Sujimy, nak tak kalau saya berikan Sujimy satu amalan yang boleh meluaskan rezeki?”

Fuhyoo! Saya macam buku romā ternaik kerana pada waktu itu lah kita tengah down. Saya tengah down dan saya sedang mencari jawapan macam mana kita nak tingkatkan rezeki.

Jadi bila dapat pertemuan yang macam gini, saya tahu dia bukan kebetulan. Dia kata dengan saya,

“Sujimy, apa yang saya nak kongsikan adalah daripada apa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada seseorang bila dia datang mengadu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kesempītan hidupnya.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepadanya apabila dia pulang ke rumah, jika ada orang di dalam rumah maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruhnya untuk memberikan salam.

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Jika tiada orang dirumah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruhnya memberi salam kepada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan ucapan

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selepas memberi salam Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruhnya untuk membaca surah al-Ikhlas

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Lelaki tersebut mengamalkannya, selang beberapa waktu dia datang kembali menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dan lelaki tersebut memberitahu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa hidupnya telah berubah.

Kalau dahulu rezekinya pun sempīt, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangga pun memdapat sama keberkatan daripada amalan yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kalau dulu sempīt, sekarang jadi lapang. Kalau dulu susāh, sekarang jadi senang.

Dalam riwayat yang lain jika menceritakan jika seseorang baca surah al-Ikhlas sekali dirinya diberkati. Dua kali dia baca dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati. Tiga kali dia baca, dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya semuanya diberkati.

Hatta kalau jiran tetangga itu bukan orang Islam sekalipun, Allah سبحانه و تعالى‎ berkati.

Macam mana Allah سبحانه و تعالى‎ berkati?

Kita hidup dengan berbaik-baik. Tidak bergadūh, tidak berbalāh, itu berkat.

Jadi ini adalah yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk melapangkan kehidupan, murahkan rezeki..

 

Saya rasa macam sangat gembira sangat dan Alhamdulillah, saya akui dengan kuasa Allah سبحانه و تعالى‎ , banyak projek yang terbuka, secara perlahan-lahan kita lakukan apa yang perlu untuk syarikat ScreenBox.

Jadi Ustaz Hasbi kata, “ikutlah amalan ini, InsyaAlllah dengan izin Allah سبحانه و تعالى‎ rezeki kita akan luas.

“Ustaz boleh tak saya rakamkan apa yang ustaz ajar saya ini, sekarang juga..”

Setelah dia berikan kepada saya amalan itu, saya rasa macam rugī kalau saya gunakan amalan itu saya seorang sahaja. Jadi saya minta izin kepada Ustaz Hasbi, pada waktu yang sama itu, saya cakap,

Saya rakamkan dalam video dan saya berikan kepada orang lain..

Ustaz Hasbi setuju dan setelah saya upload video tersebut itu, MasyaAllah ia vīral dan ramai sudah mengetahui amalan itu.

LESSON LEARNT

Saya dapati setiap orang yang ditemui itu, ada didikan untuk kita, ada manfaat untuk kita. Kadang kala dia membawa manfaat kepada kita dan kadang kala kita membawa manfaat kepada mereka. Sesiapa sahaja, kadang kala kita tidak sangka sama ada orang itu baik atau tidak baik. Ada bahagiannya untuk kita disitu dan kita tidak boleh kata,

‘Eh, kebetulan saya jumpa dia..’

Kalau kita sudah ditemukan kepada mereka, ada perkara yang kita boleh pelajari di situ

Tidak ada. Sebenarnya itu semua memang sudag diatur. Kita jangan rasa bahawa orang yang kita temui ini, sama ada kita kenal dia ke, atau tidak kenal ke, dia famous ke atau dia tak famous ke, dia pangkat tinggi atau dia pangkat rendah.. kita jangan rasa mereka tidak ada kena mengena dengan kita.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Viral Malaysia Ku / Sujimy Mohamad

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.