Connect with us

SEMASA

Marah kek Apollonya diambil orang, gelagat kucing ini merajuk buatkan netizen terhibur

Published

on

Marah kek Apollonya diambil orang, gelagat kucing ini merajuk buatkan netizen terhibur

Melalui rakaman video itu, kelihatan seekor kucing sedang memeluk erat dua pek kek Apollo sambil didukung oleh tuannya. Si perakam video mengambil satu kek Apollo daripada pelukan kucing itu.

Baru-baru ini tular video seekor kucing comel merajuk apabila kek Apollonya diambil orang. Video yang dimuat naik di TikTok oleh “kimsyaf20” tersebut telah dikongsi oleh netizen hingga hampir 200 ribu kali dan hampir 70 ribu komen dapat dibaca mengenai telatah kucing tersebut.

Terhibur dengan telatah kucing itu, si perakam cuba mengusiknya lagi dengan mengambil kek Apollo itu semula. Si kucing mengiau lagi tanda tidak suka diperlakukan sedemikian.

Si kucing tersebut terdiam. Satu lagi kek Apollo yang berada dalam pelukan si kucing diambil membuatkan kucing itu mengiau beberapa kali sebagai tanda tidak suka. Si perakam mengagah untuk memberikan kek Apollo itu kepada si kucing dan si kucing cuba menyambutnya tetapi ditarik semula oleh si perakam.

Si perakam memberikan semula kek Apollo tersebut kepada si kucing. Mungkin masih rasa sebal di dada, si kucing mengambil juga kek Apollo yang dihulurkan kepadanya tetapi ia tidak sedikit pun memandang si perakam. Wajahnya masih lagi mencuka!

Geram dengan usikan si perakam, kucing itu akhirnya merajuk! Si kucing memeluk tuannya seakan mengadu, “dia ambil kek Apollo saya!” sambil memalingkan wajahnya daripada si perakam.

Dengan wajah yang masih tidak puas hati, ia mengambil kek Apollo itu. Si perakam mengusap kepala si kucing dengan penuh kasih sayang. Seronok bergurau dengan si kucing.

Si kucing terus memegang erat kek Apollonya itu dengan wajah yang menunjukkan ia tidak puas hati diperlakukan sedemikian. Kemudian, si kucing diberikan satu lagi kek Apollo.

Bagi mereka yang memelihara kucing pasti sudah faham benar dengan sikap dan tingkah laku si comel.

Mereka tahu bila kucing mereka marah atau merajuk. Betul, kucing pun tahu merajuk, bimbang dan marah dan tanda-tandanya ialah:

1. Memberikan jelingan tajam kepada anda.
Jika manusia menjeling kerana tidak puas hati akan sesuatu, kucing juga begitu. Malah dikatakan kucing begitu pakar dalam mengekspresikan perasaannya melalui pandangan matanya. Contohnya jika anda lewat memberi makan kepadanya. Solusinya ialah, berikan makan kepadanya mengikut jadual kebiasaan kata Kac Young, penulis The One Minute Cat Manager.

2. Menjauhi anda.
Biasanya kucing memang suka dimanjakan. Namun, menurut Michael Rueb, seorang pakar tingkah laku kucing dan Pengurus Operasi Persatuan Perlindungan Kucing Kebangsaan, jika tiba-tiba ia menjauhi anda dalam tempoh masa yang panjang lebih daripada kebiasaan, itu menunjukkan ia marah, takut atau bimbang.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berhadapan dengan kucing yang sedang merajuk, bimbang dan marah? Biarkan sahaja. Kucing juga perlukan masa. Ia akan kembali kepada anda apabila ia telah bersedia untuk berhadapan dengan anda.

3. Tidak mahu makan walaupun dihidangkan makanan kegemarannya.
Kata Campbell, apabila kucing merajuk, ia mungkin kurang makan atau langsung tidak mahu makan. Tetapi jika kucing tidak makan lebih sehari atau dua hari, sila bawanya berjumpa doktor haiwan kerana mungkin ia sebenarnya sakit.

4. Menyorok di tempat tersembunyi.
Menurut Amy Shojai, perunding tingkah laku kucing bertauliah, kucing yang menyorok ditempat tersembunyi adalah tanda ia takutkan anda atau pun sesuatu atau sedang bersedih. Jika kucing dalam keadaan seperti ini, biarkan sahaja kerana jika anda berkeras, ia akan menjadi semakin agresif.

5. Membuat pelbagai jenis bunyi.
Kucing yang sedang marah boleh membuat pelbagai jenis bunyi, kata Michael Rueb. Jika anda berhadapan dengan situasi seperti ini, cuba lakukan perkara-perkara yang akan mewujudkan suasana yang positif seperti memberi ia makan, mengajaknya bermain dengan permainan, mendandannya atau bercakap lembut dengannya. Percayalah, emosinya akan stabil semula.

Sumber: erabaru

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.