Connect with us

SEMASA

‘Kantoi’ dengan penjaga zoo, cubaan untuk larikan diri tidak berjaya dilakukan anak panda comel ini

Published

on

‘Kantoi’ dengan penjaga zoo, cubaan untuk larikan diri tidak berjaya dilakukan anak panda comel ini

Walaupun mereka kelihatan comel, bersahaja dan terkadang ‘innocent’, tetapi spesies comel ini adakalanya nakal juga ya. Ada sahaja tindakan mereka yang boleh membuatkan orang di sekeliling mereka pening kepala dibuatnya.

Jika ditanya pasti yang bersetuju bahawa panda adalah antara haiwan yang sangat comel dan lucu. Telatah selamba mereka pasti boleh buatkan sesiapa yang melihatnya akan tergelak besar. Kadangkala mereka tidak perlu melakukan apa pun, melihat mereka duduk diam sahaja sudah boleh ramai yang geram. Mana tidaknya, sudahlah comel, ditambah dengan bentuk tubuh yang gempal, rasa ingin dipeluk sahaja!

Misalnya seperti yang dilakukan oleh seekor panda di Zoo Negara ini. Cuba teka apa yang dilakukannya? Jika sebelum ini kita pernah melihat ada antara mereka yang sempat ‘bergaduh’ dengan penjaga zoo untuk berebutkan tong sampah dan kali ini lain pula yang dilakukan oleh salah seekor daripada mereka.

Apa yang dilakukan oleh anak panda ini ialah dia secara senyap-senyap telah memanjat dinding kandangnya untuk melarikan diri. Tanpa diketahui sesiapa, dia terus memanjat dengan tujuan yang satu, iaitu untuk cuba lari dari situ. Sekali lihat gayanya sama seperti bayi kecil yang cuba keluar senyap-senyap daripada katil atau ‘baby coat’ mereka kerana tidak mahu tidur.

Apa yang berlaku ialah seekor anak panda dirakam sedang berada dalam misi untuk melarikan diri dari kandangnya. Aksi comelnya itu telah dirakam dan dimuat naik oleh Zoo Negara Malaysia di laman TikTok milik mereka.

Walaupun dengan badan yang gempal, si comel itu nampaknya tidak berputus asa untuk melarikan diri. Tanpa berputus asa dia terus memanjat walaupun kelihatannya agak sukar memandangkan dia terpaksa memanjat dinding yang tinggi. Namun begitu, dia juga nampaknya sangat bijak untuk menyeimbangkan badannya supaya tidak terjatuh.

Penjaga zoo tersebut kemudian pantas memintannya untuk masuk semula ke kandangnya. Dengan berhati-hati lelaki itu menolak si comel itu untuk turun semula dari dinding tersebut tetapi anak panda itu sepertinya tetap tidak mahu berputus asa. Dengan menggunakan cakarnya, dia terus berpaut pada dinding itu sehingga memaksa penjaga zoo itu menolaknya ke bawah sekali lagi. Akhirnya suka atau tidak, dia terpaksa masuk semula ke kandangnya.

Walau bagaimanapun, nasibnya kurang bernasib baik apabila aksinya sempat dipatahkan oleh seorang penjaga zoo yang bertugas. Lelaki tersebut terus menuju ke arahnya dengan membawa sebuah tangga.

Sumber: erabaru

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.