SEMASA
MenghuIur Bantuan Untuk Penduduk PPR, Uncle Kentang Dituduh Pula Aibkan AJK
Pasti ramai yang ‘familiar’ dengan nama lelaki dermawan yang sentiasa melibatkan diri dalam lapangan kebajikan sejak bertahun lamanya ini.
Setelah sekian lama membantu orang ramai, bagaimanapun baru-baru ini Uncle Kentang meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dituduh cuba mengaibkan seorang ‘Puan Sri’ hanya kerana tindakannya memberi bantuan bakul makanan kepada penduduk di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kecewa dituduh cuba ‘caras’ kerja AJK PPR
Kekec3waan itu didedahkan oleh dirinya sendiri menerusi sebuah ‘posting’ di Iaman sosial Facebook miIiknya.
Difahamkan lagi, pemilik nama Kuan Chee Heng itu sama sekali tidak menyangka dituduh sedemikian rupa selepas ‘Puan Sri’ yang merupakan AJK PPR itu meyangka dia sengaja menghebahkan tentang orang susah di kawasan jagaannya ketika PKP.
“Bila ada orang minta makanan di kawasan beliau, wanita itu rasa tercabar dan terus menuduh saya cuba mengaibkannya. Wanita itu berkata dia sudah bagi semua orang makanan di bloknya.

“Memang tahniah pada makcik. Memang dah bagi tetapi makcik perlu fikir, masa PKP semua anak dalam rumah. Mundar mandir masuk dapur 20 kali sehari. Setakat beras 5 kilogram, tepung sepaket, gula, minyak masak, mi segera sebungkus, berapa lama nak bertahan barang-barang ini. Tiga hari makcik, kerana ada anak yang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Uncle Kentang tidak menafikan bahawa wanita itu beserta AJK lain telah melaksanakan usaha yang terbaik bagi membantu golongan yang memerlukan.
Namun, masih ramai lagi yang memohon bantuan mungkin kerana mereka mempunyai ramai ahli keluarga yang perlu disara. Selain itu, lelakiberusia 58 tahun tersebut turut menitipkan nasihat kepada pihak-pihak tertentu.
“Bagaimanapun, kita perlu husnuzon. Kalau ada orang datang bantu mereka yang susah, kita harus cari pintu rumah mana yang terkandas dan bantu.
“Tidak sedikit tercalar pun kehandalan makcik AJK dan kehebatan makcik menjaga kawasan memang terpuji dan paling cemerlang,” katanya
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Uncle Kentang. Bagi mereka, individu seperti itu hanya mementingkan diri sendiri dan mahu menaikkan nama masing-masing.


Bersabarlah ya Uncle Kentang. Jangan mengalah! Kalau kita buat baik, memang banyak cabaran. Ada sahaja yang tidak berpuas hati..
Kredit: Cara Mohon
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

