Connect with us

PANDUAN

MasyAllah! Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat Sebelum Ini, Inilah Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW

Published

on

MasyAllah! Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat Sebelum Ini, Inilah Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, Saya masuk ke rumah Nabi Muhammad SAW, waktu itu baginda sedang tidur di katil dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar.

Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara belakang dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada belakang Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, Apakah yang membuat kamu menangis? Umar menjawab, demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia mewah dan kaya. Sementara engkau adalah Rasulullah utusan Allah. Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini sangat sederhana.

Rasulullah SAW lalu bertanya, Bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?. Umar menjawab, Tentu, wahai Rasul. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, Memang demikianlah adanya. Hadis Riwayat Ahmad.

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk. Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi.

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Sisa runtuhan rumah Nabi Saw Dan Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.

Runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah SAW dilahirkan.

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat-umatnya sekarang, jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

Video 1: Mekah

Video 2: Madinah

Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka.

Mimbarraudhah: Masyallah subhanallah, jadikanlah nabi muhammad idola kita. ikutlah jejak langkah nabi muhammad SAW. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang yang soleh.

Sumber: Akakpesan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.