SEMASA
“4.0 Pun Tak Layak?!” – Pelajar STPM Cemerlang Kecewa Ditolak UM, Netizen Tertanya-Tanya Apa Lagi Kelayakan Diperlukan?
“4.0 Pun Tak Layak?!” – Pelajar STPM Cemerlang Kecewa Ditolak UM, Netizen Tertanya-Tanya Apa Lagi Kelayakan Diperlukan?
“Kalau 4 flat pun tak cukup, nak cemerlang macam mana lagi baru boleh dapat tempat?”
Itu antara luahan kecewa Edward Wong Yi Xian, pelajar cemerlang STPM yang kini jadi perhatian ramai selepas kisah permohonannya ke universiti ditolak — walaupun dengan pencapaian luar biasa.
Bayangkan, dah dapat PNGK 4.0, markah kokurikulum 9.9/10, skor merit 99.9%, tapi tetap tak dapat tempat dalam kursus idamannya — Perakaunan di Universiti Malaya (UM).
Lebih mengejutkan, bukan satu tapi enam universiti awam termasuk UM, USM, UKM dan UTM menolak permohonan Edward. Tiada satu pun yang tawarkan tempat dalam kursus perakaunan walaupun beliau dapat semua A dalam subjek teras seperti Perakaunan, Ekonomi, Pengajian Am dan ICT.
“UM tu impian saya, tempat yang sama kakak saya belajar. Tapi saya tetap tak dapat masuk,” luah Edward dalam sidang media bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

sumber: malaysia kini
“Bukan Nak Minta Lebih – Cuma Mahu Peluang”
Edward cuma nak satu – peluang untuk belajar dalam bidang yang dia minat, di tempat yang dia perjuangkan sejak dua tahun lalu. Bukan sebarangan pelajar, dia ambil laluan STPM yang dikenali paling mencabar dan tetap skor full pointer.
“Saya dah beri segalanya. Masa, tenaga, fokus. Tapi akhirnya dapat tawaran Pengurusan di USM – bukan bidang impian saya.”
Kata Edward lagi, ada rakan-rakannya yang dapat markah lebih rendah diterima masuk ke universiti dan kursus yang diinginkan.
Jadi, dia tak dapat lari dari persoalan…
“Apa lagi yang perlu kami buktikan untuk dapat peluang?”

Sumber: malaysia kini
Dr Wee Turut Bersuara – “Ini Bukan Soal Kaum, Ini Soal Keadilan”
Turut hadir dalam sidang media tersebut, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang tampil mempertahankan Edward dan mempersoal sistem pemilihan UPU yang dilihat semakin tidak telus dan berat sebelah.
Menurut beliau, Edward ada ditawarkan tempat dalam program Perakaunan di UM sebelum ini — tetapi melalui saluran komersial khas (SATU) dengan yuran mencecah RM83,800, berbanding yuran biasa bawah UPU yang sekitar RM8,000.
“Ini menimbulkan persoalan – adakah pelajar perlu bayar lebih baru layak dapat tempat?” soal Dr Wee.
Beliau menambah, Edward sepatutnya sudah cukup layak untuk diterima masuk tanpa perlu bayar lebih. Sistem sekarang, katanya, seolah-olah menafikan pelajar cemerlang dari keluarga sederhana untuk teruskan pengajian dalam bidang pilihan.
Netizen Juga Tak Puas Hati – “4.0 Tak Cukup, Nak Kena Terbang Ke Bulan Dulu Ke?”
Kisah Edward mencuri perhatian ramai selepas dimuat naik di Facebook dan TikTok, dengan rata-rata netizen menyatakan rasa kecewa terhadap sistem sedia ada.
“Bukan anak saya, tapi sakit hati baca. Dah 4.0 pun tak lepas. Yang kurang pun boleh masuk. Macam mana tu?”
– Seorang ibu
“Bayar 10 kali ganda baru dapat masuk? Ini sistem siapa yang reka? Pelajar B40 nak jadi apa nanti?”
– Netizen kecewa
Ramai juga mula mempersoal mengapa pelajar STPM yang bertungkus-lumus dua tahun akhirnya diketepikan, sedangkan laluan lain yang lebih singkat lebih mudah diterima.
Harapan Masih Ada pelajar cemerlang STPM – Tempoh Rayuan Masih Dibuka
Buat masa ini, Edward masih belum berputus asa. Tempoh rayuan untuk permohonan kemasukan universiti masih dibuka sehingga 14 September, dan beliau tetap akan cuba sedaya upaya.
“Saya tahu saya dah usaha sebaik mungkin. Saya hanya perlukan peluang untuk buktikan kebolehan saya.”
Kisah Edward bukan sekadar tentang satu tempat di universiti — ia adalah simbol perjuangan ratusan pelajar cemerlang yang mungkin senasib. Mungkin sudah tiba masa sistem dikaji semula agar benar-benar adil kepada semua yang bekerja keras.
Apa pandangan anda? Patutkah sistem UPU dirombak semula supaya pelajar STPM diberi layanan lebih adil? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Baca lagi : Rahsia Lelaki Ini Langsaikan Hutang Rumah 12 Tahun Lebih Awal, 3 Cara Mudah Dikongsi –
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

