Connect with us

SEMASA

Bantuan Keluarga Madani Jumlah RM1,000 Mula Dikreditkan Bulan Ini – Semak Kelayakan Anda

Published

on

Bantuan Keluarga Madani Jumlah RM1,000 Mula Dikreditkan Bulan Ini – Semak Kelayakan Anda

Bantuan keluarga madani Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa, kerajaan sejak awal tahun lalu telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan.

Bantuan Keluarga Madani

Bantuan Keluarga Madani

Terdapat beberapa bantuan yang dijangka dikreditkan pada bulan ini dan tarikh pembayaran Bantuan Keluarga MADANI Awam sebanyak RM 1,000 telah ditetapkan pada Mei.

Baca lagi di : STR Fasa 3 : Ayuh Semak Status Kelulusan Dan Pembayaran STR Fasa 3 Bermula

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan geran kepada warganegara yang layak setiap bulan mengikut kategori yang disediakan.

Pelbagai jenis bantuan sehingga 9 jenis bantuan akan diberikan kepada golongan yang memerlukan secara keseluruhannya

antara RM 150 hingga RM 1,000 yang mana kesemua bantuan khas ini adalah di bawah seliaan agensi kerajaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bayaran RM 150 seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun. Manakala RM 200 seorang bagi yang berumur 6 tahun ke bawah. Kadar bantuan maksimum bagi setiap keluarga ialah RM 1,000.

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu keluarga/penjaga kanak-kanak meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Bantuan Keluarga Madani

  • Bantuan untuk Warga Emas

Bantuan Keluarga madani ini diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas bagi meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, dan jumlah bantuan bulanan dinaikkan kepada RM 500 bagi setiap orang yang layak.

Permohonan bantuan khas kewangan ini diperkenalkan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat/Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Difahamkan setiap pemohon yang berdaftar akan menjalani beberapa siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan menerima bantuan daripada kerajaan.

Terdapat beberapa salinan dokumen penting yang diperlukan seperti kad pengenalan pemohon, ahli keluarga yang tinggal bersama salinan penyata gaji dan lain-lain.

Tarikh pembayaran bantuan khas sehingga RM 1,000 bermula pada 1 Februari 2023 dan berterusan sehingga hari ini.

Bagi penerima sedia ada, pembayaran dibuat tanpa proses kemas kini.

  • 3. Bantuan Anak Angkat

Bantuan berjumlah RM 250 sebulan untuk seorang anak manakala jumlah maksimum RM 500 sebulan untuk keluarga yang mempunyai 2 atau lebih anak.

Ia bertujuan untuk meringankan tanggungjawab keluarga angkat yang sanggup menjaga anak angkat seolah-olah anak kandung sendiri dengan memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.

  • Bantuan Am Persekutuan

Bantuan kewangan MADANI sebanyak RM 100 hingga RM 300 sebulan akan diberikan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

  • Bantuan Am Negeri
  • Elaun Pekerja Kurang Upaya
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan untuk Orang Kurang Upaya OKU / Pesakit Terbengkalai Secara Kronik

Maklumat lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang bantuan yang diberikan oleh JKM, anda boleh klik di SINI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.