PANDUAN
Rahsia Lelaki Ini Langsaikan Hutang Rumah 12 Tahun Lebih Awal, 3 Cara Mudah Dikongsi
Rahsia Lelaki Ini Langsaikan Hutang Rumah 12 Tahun Lebih Awal, 3 Cara Mudah Dikongsi
Pemilikan rumah merupakan impian bagi kebanyakan individu, tetapi proses melangsaikan Hutang Rumah sering kali menjadi beban yang berat. Bagi sesetengah orang, walaupun sudah bertahun-tahun membayar ansuran bulanan Hutang Rumah yang besar, Hutang Rumah masih belum menunjukkan tanda-tanda berkurang. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini dan mempercepatkan proses pelunasan pinjaman rumah?
Bagi anda yang berdepan situasi ini boleh cuba mengamalkan tip kewangan daripada Faizal Rahmat.
Beliau berjaya melangsaikan pinjaman perumahan dalam tempoh 12 tahun berbanding perjanjian asal selama 25 tahun.
Bukan sahaja dapat melangsaikan hutang sebelum usia meningkat, malah tempoh pembiayaan juga dapat disingkatkan.

Tip singkatkan hutang rumah dari 25 tahun ke 12 tahun
- 1. Bayaran bulanan lebih
Setiap bulan bayar ekstra RM100 hingga RM150 kepada bank. Tapi, jika pada bulan itu tiada lebihan, bayar ikut jumlah yang ditetapkan sahaja supaya tidak berasa tertekan.
- 2. Lebihkan bayaran tahunan
Jika syarikat tempat bekerja sering memberi bonus tahunan peruntukkan sejumlah wang bonus untuk lebihkan bayaran bulanan kepada bank.
Kebiasaannya, peminjam akan buat bayaran untuk tempoh 12 bulan sahaja, tapi lebihkan bayaran 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

- 3. Gunakan duit KWSP
Tip ini paling banyak membantu. Boleh keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan.
Apabila berjaya keluarkan, terus nyatakan kepada pihak bank bahawa duit tersebut untuk bayar prinsipal. Kaedah bayaran prinsipal ini akan menguntungkan peminjam.

Mempercepatkan proses melangsaikan pinjaman perumahan adalah langkah yang bijak untuk menguruskan kewangan peribadi dengan lebih efisien. Dengan mengamalkan strategi tambahan bayaran bulanan, tambahan bayaran tahunan, dan menggunakan dana KWSP, anda boleh mengurangkan beban hutang dan mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat. Pastikan untuk melakukan perancangan kewangan yang teliti sebelum mengambil langkah-langkah ini untuk memastikan kesesuaian dengan keadaan kewangan anda sendiri.
Sumber: Vanilla Kismis
Baca lagi: 4 Aksesori Kereta yang Bahaya, Keluarkan Sekarang Sebelum Terjadi Apa-apa
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

