Uncategorized
FSA2 : Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa 1
FSA2 : Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa 1
FSA2 : Pengeluaran KWSP bersyarat fasa 1 kini dibenarkan untuk ahli yang ini membuat pembiayaan pengeluaran untuk tujuan peribadi. Untuk makluman, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP melalui FSA2.
Baca lagi di : Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
FSA2 : PENGELUARAN KWSP BERSYARAT
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah program pengeluaran wang secara bersyarat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Program pengeluaran khas ini akan dilaksanakan secara 2 fasa.
Bermula April 2023, permohonan pengeluaran FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli KWSP yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Ini adalah salah satu inisiatif yang disediakan bagi membantu para pencarum yang ini mengeluarankan wang mereka melalui pembiayaan FSA2 KWSP.
KRITERIA KELAYAKAN
Untuk permohonan FSA2 KWSP fasa 1, ahli yang berumur 40 sehingga 55 tahun layak membuat permohonan dan tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian. Hal ini kerana institusi perbankan akan mengendalikan sepenuhnya proses semakan permohonan pengeluaran bersyarat ini.
Buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang terlibat untuk program pembiayaan peribadi pengeluaran FSA2 KWSP ini iaitu BSN dan MBSB. Kepada ahli yang berminat, mereka disarankan membuat semakan awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP.
Untuk makluman, kemudahan pembiayaan pengeluaran khas ini lebih sesuai untuk ahli KWSP yang mempunyai baki simpanan akaun 2 dan disokong dengan pendapatan bulanan yang berpatutan.
PENGELUARAN DIBENARKAN SEHINGGA RM50,000
Kepada mereka yang ingin memohon, kadar amaun pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah adalah bergantung kepada baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP masing-masing.
TARIKH PERMOHONAN & PANDUAN MOHON
Untuk pengetahuan umum, tarikh permohonan dibuka bermula 7 April bagi (MBSB) dan 15 April bagi (BSN) dan permohonan dibuka sepanjang tahun ini. Kepada yang berminat, panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI
Nota : Bagi ahli yang tidak berkeperluan, disarankan tidak membuat pembiayaan pengeluaran khas ini kerana lebih baik wang KWSP anda digunakan semasa hari persaraan nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.