Connect with us

MOTIVASI

Penghijrahan Aliff Aziz, ‘Walaupun Kita Jadi Terbaik, Pasti Akan Ada Yang Tak Suka’. Alhamdulillah Aliff Aziz kini berubah, Kehidupannya yang dahulu mengalami pasang surut merupakan satu proses pembelajaran buat dirinya

Published

on

Penghijrahan Aliff Aziz, ‘Walaupun Kita Jadi Terbaik, Pasti Akan Ada Yang Tak Suka’. Alhamdulillah Aliff Aziz kini berubah, Kehidupannya yang dahulu mengalami pasang surut merupakan satu proses pembelajaran buat dirinya

Penghijrahan Aliff Aziz ternyata memberikan impak yang cukup besar dalam kehidupan selebriti yang berasal dari Kota Singa ini. Seperti mana yang umum ketahui sebelum ini Aliff telah melalui pelbagai kontroversi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri.

Suami kepada Bella Astillah yang juga ayah kepada dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun juga sebelum ini berasa tertekan hingga mengheret keluarga dalam kancah kontroversi kini meneruskan langkah positif dalam meneruskan kehidupan.

Penghijrahan Aliff Aziz

Akuinya ketika sesi siaran langsung di laman sosial Nurflix yang membahaskan topik Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi? baru-baru ini, kehidupannya yang dahulu mengalami pasang surut merupakan satu proses pembelajaran buat dirinya.

“Tidak dinafikan memang rasa agak teruk kerana membabitkan ahli keluarga, tapi saya anggap itu satu proses pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang akan sentiasa diperhati rapat netizen namun bukan semua netizen begitu.

“Secara perlahan-lahan saya mula terfikir yang kita tak mampu puaskan semua orang. Walaupun kita jadi terbaik, pasti akan ada orang yang tak suka dan pandang buruk.

“Kita kena tahu yang tiada siapa yang sempurna, malah kalau kitarasa ingin berada di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil,” luah Aliff.

Sertai Jemaah Tabligh

Aliff yang muncul secara langsung bersama Ustaz Farkhan Daie, wakil tabligh Amar Sufi Ali dan rakan pelakon, Saharul Ridzwan menerusi sesi live membincangkan tajuk ‘Pengertian Sebuah Penghijrahan’ membongkar kisahnya yang terbuka hati untuk menyertai jemaah tabligh.

Aliff menyatakan dia terlihat perkongsian mengenai penghijrahan Faizal Ismail (FBI) menerusi ruangan explore di Instagramnya.

Dari detik itu dirinya mula tergerak hati untuk menghantar mesej kepada Dakwah Tabligh Malaysia.

“Saya tanya macam mana nak kenal jemaah tabligh. Lepas itu mereka balas dan minta saya tinggalkan nombor telefon dan akan hubungi saya semula.

“Bagaimanapun hanya selepas tiga, empat hari kemudian baharu saya dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Amar. Kemudian dia menjemput saya untuk keluar menyertai jemaah tabligh selama tiga hari.

“Sehari sebelum hari untuk keluar bersama mereka, saya rasa resah dan gelisah. Tiba-tiba teringat ada temu janji di klinik dan buatkan saya rasa tak mahu pergi.

“Namun Amar tidak memaksa dan minta saya selesaikan dahulu perkara yang lebih penting. Kata-kata ringkasnya itu telah memberi kesan pada saya.

“Kemudian saya terus mesej klinik pada jam 3 pagi memaklumkan saya terpaksa tunda temu janji dan beritahu Amar akan menyertainya.

“Kuasa Allah, pagi itu, pihak klinik beritahu memang perlu aturkan temujanji baru kerana doktor yang sepatutnya merawat saya mengambil cuti hari itu. Bayangkan kalau saya batalkan untuk sertai tabligh sebelum itu,” kata Aliff.

Timbul Perasaan Segan

Aliff juga menerangkan pada awal penghijrahan timbul perasaan segan.

“Mereka ini bermacam-macam latar belakang, tetapi persamaannya mereka tak menilai siapa kita dahulu. Semua sama, atas usaha yang sama.

“Allah bagi saya rasa manis itu. Tapi tak sama macam mana kita rasa sendiri kemanisan itu. Selepas 30 tahun hidup, saya sedar inilah yang saya terlepas selama ini.

“Selama di sana, saya belajar mengenai adab dan dengar cerita mengenai Rasulullah SAW. Saya berjumpa dengan Saharul di sana, langsung tiada berborak tentang kerjaya seni. Fokus kami memang nak cari kebesaran Allah,” ungkapnya. ‘

Mimbarraudhah: Semoga beliau terus istiqamah dalam kebaikan. Sama-sama kita doakan semoga beliau sentiasa kuat dan tabah mengharungi kehidupan.

Sumber: Instagram Aliff Aziz / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.