MOTIVASI
Disebabkan Satu Ayat Ini, Seorang Saintis Dari Jepun Yang Bernama Dr.Atsushi Kamal Okuda Memeluk Islam
Disebabkan Satu Ayat Ini, Seorang Saintis Dari Jepun Yang Bernama Dr.Atsushi Kamal Okuda Memeluk Islam
Hidayah ini adalah milik Allah. Allah yang berkuasa atas segalanya. Jika ia kehendaki maka jadi la ia, jika ia tidak kehendaki maka tidak jadi la ia. Allah berkuasa untuk menggerakkan hati seseorang untuk mengenali islam.
Siapa sangka hanya kerana satu ayat Quran boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati yang inginkan kebenaran? Kami kongsikan bagaimana saintis Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai agama dan cara hidupnya.
Dr. Atsushi Kamal Okuda merupakan seorang saintis dan pendidik yang berkhidmat sebagai seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.
Kita sering mendengar dari orang-orang yang anti-agama mengenai pernyataan bahawa sains adalah satu-satunya yang diperlukan dalam hidup dan Tuhan serta agama hanyalah sebuah mitos serta tidak disokong oleh apa-apa bukti.
Namun, ramai saintis, termasuk Dr. Kamal Okuda mempunyai pendapat yang berbeza apabila beliau melepasi garisan hidup tanpa Tuhan kepada kehidupan yang mana beliau tak boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan.
Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda berkata bahawa hidupnya adalah tidak bermoral dan kurang pengetahuan tentang tujuan kehidupan sebenar.
“Sebelum Islam, kehidupan saya sangat teruk. Betul-betuk teruk. Jahil. Saya tidak tahu tentang kebenaran” kata Dr. Okuda.
Beliau kemudiannya meniti jalan mencari kebenaran, melalui pertempuran akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai agama.
Sehinggalah beliau bertemu dengan Islam dan memutuskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama ini.
Ketika tahun keenam di kolej, Dr. Okuda sangat berminat mengenai perundangan dalam Islam.
Dan pada satu hari, beliau menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang telah mengubah hidup beliau selama-lamanya.
Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).
Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.
Kegembiraan dan kelegaannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya.
“Pada saat itu, saya memeluk Islam! Saya percaya ia merupakan kurniaan terhebat Allah dalam hidup saya”
Hari ini, kisah Dr. Okuda menjadi sebuah inspirasi. Beliau adalah satu contoh bukan sahaja kepada orang Islam Jepun tetapi bagi semua manusia di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan selepas mencari kebenaran untuk diri sendiri.
Beliau bekerja keras untuk berkongsi kurniaan Islam terhadapnya bersama-sama dengan orang lain.
Beliau bekerja dengan penuh semangat dalam kalangan rakan dan sahabatnya untuk menyebarkan Islam di Jepun dalam menyelamatkan negara Jepun daripada hidup tanpa bimbingan Allah.
Semoga Allah sentiasa memberkati individu seperti Dr. Kamal Okuda dan semoga beliau membimbing ramai lagi ke arah agama Islam.
Ikuti kisah lanjut mengenai ke-Islaman dan perjalanan hidup Dr. Kamal Okuda:
Mimbarraudhah: Semoga beliau terus istiamah dalam melakukan kebaikan demi Allah dalam agama islam. Semoga kisah ini bermanfaat.
Sumber: Iluminasi / My Info Maya / Salam.my
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.