Connect with us

PANDUAN

Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw, Caranya Mudah Je

Published

on

Rahsia Buat Pes Tomyam Paling Kaw, Caranya Mudah Je

Tomyam merupakan hidangan yang sinonim dengan masakan Thailand dan terkenal di seluruh Asia. Kuah tomyam yang pekat, pedas, dan ‘kaw’ sering menjadi pilihan ramai, terutamanya apabila ia terasa semua bahan-bahan rempahnya. Namun, tahukah anda bahawa rahsia di sebalik tomyam yang sedap sebenarnya terletak pada pes tomyam itu sendiri?

Ramai yang lebih memilih untuk menggunakan pes tomyam segera yang mudah didapati di pasaran. Walaupun ia cepat dan mudah, pes tomyam buatan sendiri mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dengan sedikit usaha, anda boleh menghasilkan pes tomyam yang lebih lazat, lebih asli, dan yang paling penting, boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.

Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan rahsia untuk membuat pes tomyam homemade yang dijamin ‘kaw’ dan penuh rasa. Ini adalah resepi oleh Puan Azzuliza Sukirman, yang telah mencuba resepi ini sendiri dan mengakui bahawa sejak dia tahu rahsia ini, dia jarang sekali membeli pes tomyam dari kedai!

Rahsia Buat Pes Tomyam Homemade Yang Paling ‘Kaw’. Tak Susah Pun!

Rahsia Buat Pes Tomyam

Menurut Puan Azzuliza, sejak dah tahu buat pes tomyam sendiri, memang dah jarang sangat beli perencah di kedai. Bahannya mudah didapati dan cara membuatnya meman, ‘simple’ sangat.

Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan kisar Rahsia Buat Pes Tomyam:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili blend
  • 1 biji tomato
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • 3 tangkai cili besar
  • 1 biji kiub ayam (*kalau nak guna pati ayam buatan sendiri pun boleh)

Bahan lain Rahsia Buat Pes Tomyam:

  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak)
  • Ayam
  • Sayuran pilihan
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Ini Pula Cara Memasak Rahsia Buat Pes Tomyam.

  • 1. Kisar Bahan

Pertama sekali, kisarkan semua bahan kisar yang disenaraikan di atas bersama sedikit air.

  • 2. Masak Bahan Kisar

Masak bahan kisar tadi di dalam kuali atau periuk menggunakan api perlahan.

Tak perlu tumis dengan minyak kecuali kalau anda nak buat stok pes tomyam. Kalau nak makan terus, rebuskan saja. Lagi sihat!

  • 3. Masukkan Bahan Seterusnya

Seterusnya, masukkan ayam, serai, dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam kental atau separuh masak.

Tunggu pes sehingga agak kering airnya. Tapi, jangan sampai hangit ya. Kekalkan api perlahan saja.

  • 4. Masukkan Air Dan Sayur

Apabila ayam dah separuh masak, boleh masukkan air dan sayuran kegemaran anda.

Rahsia Buat Pes Tomyam

  • 5. Perasakan

Setelah sayuran empuk, boleh perasakan dengan garam dan sos tiram.

Rahsia Buat Pes Tomyam

Siap Dihidang!

Mudah, bukan resepi tomyam ini? Kalau nak buat tomyam daging, seafood dan sebagainya tambahkan saja. Anda juga boleh pelbagaikan bahan lagi jika anda sukakan bahan tertentu seperti belacan atau sedikit gula untuk mengimbangkan rasa.

Boleh Dijadikan Stok Dan Disimpan Dalam Peti Sejuk

Menariknya, pes tomyam ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok. Tapi, ia mesti ditumis dengan sedikit minyak dan dimasak atas api agar boleh tahan lebih lama.

Untuk memudahkan, anda boleh buat dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lain kali ia boleh terus digunakan untuk memasak dengan mudah dan cepat.

Mengapa Rahsia Buat Pes Tomyam Homemade Lebih Baik?

Rahsia Buat Pes Tomyam yang benar-benar sedap terletak pada kesegaran bahan-bahan yang digunakan. Dengan membuat pes tomyam sendiri, anda boleh mengawal kualiti bahan, menyesuaikan rasa mengikut citarasa anda, dan yang paling penting, mengelakkan penggunaan bahan pengawet dan bahan kimia yang terdapat dalam pes tomyam segera.

Selain itu, pes tomyam homemade ini juga boleh disesuaikan dengan menambah bahan lain seperti belacan untuk rasa lebih pekat atau gula untuk mengimbangkan rasa masam. Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis protein seperti daging, ayam, makanan laut, atau sayuran, menjadikannya sangat fleksibel untuk pelbagai jenis hidangan tomyam.

Kini, dengan rahsia ini, anda tidak perlu lagi bergantung kepada pes tomyam segera yang mungkin tidak menepati citarasa anda. Dengan hanya beberapa bahan mudah dan langkah yang senang, anda boleh menyediakan pes tomyam homemade yang bukan sahaja lebih lazat, tetapi juga lebih sihat dan ekonomik.

Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah resepi ini di rumah dan rasai perbezaannya. Selamat mencuba dan semoga hidangan tomyam anda menjadi lebih enak daripada biasa!

Sumber: Puan Azzuliza Sukirma

Baca lagi: Resepi Kuih Peneram Paling Mudah. Gebu di Dalam, Rangup di Luar dengan Bahan Ringkas

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.