Connect with us

PANDUAN

Rahsia Sup Mamak Pekat dan Padu, Resepi Terbaik dengan Petua Kuah Pekat

Published

on

Rahsia Sup Mamak Pekat dan Padu, Resepi Terbaik dengan Petua Kuah Pekat

Jika anda seorang penggemar makanan mamak, pasti anda tidak asing lagi dengan keenakan sup mamak yang sering menjadi pilihan utama ketika berkunjung ke kedai mamak. Hidangan ini bukan sahaja popular kerana kesedapan rasanya, malah aromanya yang kaya dengan rempah ratus menjadikan sup mamak antara pilihan yang tidak boleh dilepaskan.

Sup mamak memang berbeza daripada sup biasa. Sup mamak lebih pekat, berempah, dan aromanya lebih kuat. Kebiasaannya, sup mamak disajikan bersama roti yang dicicah, menjadikannya lebih menyelerakan. Namun, tidak semestinya anda perlu ke kedai mamak setiap kali teringin menikmatinya. Kini, anda boleh menyediakan sup mamak padu ini sendiri di rumah dengan mengikuti resepi mudah ini.

Mari ikuti resepi perkongisan oleh Emee Sham di bawah ini.

RESEPI SUP MAMAK PADU

Rahsia Sup Mamak

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam/kambing/daging lembu
  • Rempah empat sekawan
  • 5 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Halia
  • Cili api merah
  • 4 peket kecil rempah sup (rempah serbuk kering)
  • Setengah peket rempah kurma (serbuk)
  • Sebiji tomato
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup
  • Sebiji limau nipis
  • Lobak merah (jika suka)

CARA MEMASAK :

  • 1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Terpulang pada masing-masing nak guna kambing atau daging lembu.
  • 2. Rebus ayam bersama rempah empat sekawan.
  • 3. Dalam masa yang sama, kisarkan 5 biji bawang besar, 8 ulas bawang putih, halia dan cili api merah. Ketepikan seketika.
  • 4. Apabila rebusan ayam dan mendidih, baru masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata dan biarkan mereneh.
  • 5. Kemudian, masukkan 4 peket kecil rempah sup dan setengah peket rempah kurma. Kacau rata menggunakan api serhana.
  • 6. Masukkan juga sebiji tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh lagi.
  • 7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • 8. Taburkan juga bawang goreng dan hirisan daun sup. Kacau rata.
  • 9. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.
  • 10. Apabila kepekatan dah cantik, tutup api.
  • 11. Potong kecil ayam, letakkan di dalam mangkuk dan tuangkan sup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • 12. Boleh masukkan lobak merah pada awal rebusan supaya lobak merah hancur dan pekatkan kuah. Kepekatan kuah juga datang dari bawang besar kisar serta rempah kering.
  • 13. Sedap dicicah dengan roti.

Rahsia Sup Mamak

Kelebihan Memasak Sendiri Rahsia Sup Mamak di Rumah

Memasak di rumah bukan sahaja memberi anda peluang untuk mengawal bahan-bahan yang digunakan, malah anda juga boleh menyesuaikan rasa mengikut citarasa keluarga. Tambahan pula, hidangan yang dimasak di rumah lebih bersih dan terjamin kebersihannya. Anda juga boleh menyediakan sup mamak ini dalam jumlah yang lebih banyak dan dinikmati bersama keluarga.

Mari kita bongkar Rahsia Sup Mamak padu yang mudah disediakan ini. Emee Sham, seorang pencinta masakan mamak, telah berkongsi resepi ini dan ia pasti akan memikat selera anda sekeluarga.

Dengan Rahsia Sup Mamak padu ini, anda tidak lagi perlu keluar ke kedai mamak setiap kali teringin menikmati hidangan Rahsia Sup Mamak. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah, dan nikmati bersama keluarga. Proses penyediaan yang mudah dengan bahan-bahan yang tidak sukar didapati menjadikan resepi ini pilihan yang tepat untuk makan malam atau hidangan istimewa bersama orang tersayang.

Rahsia Sup Mamak

Selamat mencuba Rahsia Sup Mamak!

Sumber/Foto : Emee Sham

Baca lagi: Resepi Kuih Peneram Paling Mudah. Gebu di Dalam, Rangup di Luar dengan Bahan Ringkas

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.