Connect with us

PANDUAN

4 Aksesori Kereta yang Bahaya, Keluarkan Sekarang Sebelum Terjadi Apa-apa

Published

on

Aksesori Kereta

4 Aksesori Kereta yang Bahaya, Keluarkan Sekarang Sebelum Terjadi Apa-apa

Dalam dunia aksesori kereta yang semakin berkembang, ramai pemilik kenderaan tergoda untuk menghias kereta mereka dengan pelbagai barang yang dijual di pasaran. Memang tidak dinafikan, aksesori kereta boleh menambah gaya, kemewahan, dan keselesaan kepada kenderaan. Namun, sebelum membuat keputusan untuk membeli dan menggunakan aksesori kereta, adalah sangat penting untuk berfikir dua kali.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa aksesori kereta yang bukan sahaja tidak memberi manfaat praktikal, malah boleh membahayakan nyawa pemandu dan penumpang? Artikel ini akan membongkar empat jenis aksesori kereta yang harus anda elakkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan anda di jalan raya.

Dikongsi oleh Adrian Chia yang selalu berkongsi tip tentang kereta di akaun Tik Tok katanya ada empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan.

1. Karpet dengan saiz yang tak sesuai

Sama ada terlebih besar atau kecil, ia boleh menyebabkan brek tersangkut. Pastikan saiznya betul betul sesuai.

Aksesori Kereta

2. Dashboard cover

Ia mungkin dibeli untuk mencantikkan kereta atau melindungi dashboard tapi ia sebenarnya boleh menghalang pembentukan airbag ketika kemalangan berlaku. Keadaan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

Aksesori Kereta

3. Seatbelt clip

Ada yang menggunakannya kerana tidak mahu mengenakan tali pinggang keledar dan menghalang bunyi peringatan. Tiada bunyi bising, tapi bila kita menggunakan tali pinggang keledar bersama klip ini, ia tidak mampu menampung berat badan bila berlaku kemalangan. Klip boleh tercabut ketika berlaku impak kuat dan pemandu boleh tercampak ke depan.

Paling merugikan, jika berlaku kemalangan dan aksesori ini dijumpai dalam kereta oleh pihak insuran anda mungkin tidak boleh boleh membuat tuntutan.

Aksesori Kereta

4. Sticker diamond pada stering

Rupanya yang berkilat blink-blink ini nampak cantik tapi berbahaya kepada pemandu bila berlaku kemalangan. Bila airbag terbuka, sticker akan terpelanting dan mungkin terkena pada muka dan menyebabkan kecederaan.

Aksesori Kereta

Keselamatan di jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi. Walaupun aksesori kereta dapat menjadikan kenderaan anda kelihatan lebih menarik dan bergaya, terdapat beberapa aksesori yang sebenarnya membawa risiko kepada nyawa anda dan penumpang. Karpet yang tidak sesuai, penutup dashboard, seatbelt clip, dan pelekat stereng “diamond” adalah antara aksesori yang sebaiknya dielakkan.

Jika anda sudah membeli aksesori-aksesori ini, adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya dan segera mengeluarkannya dari kereta. Jangan biarkan aksesori yang tidak penting menjejaskan keselamatan anda dan keluarga ketika memandu. Ingatlah, tidak ada hiasan yang lebih penting daripada keselamatan nyawa.

Pastikan anda membuat keputusan yang bijak dalam memilih aksesori kereta. Utamakan keselamatan, bukan hanya gaya semata-mata!

Anda boleh tonton video penjelasan Adrian di SINI.

Baca lagi: Cara Betul Tanam Pokok Labu, Hasil Buah Banyak dan Saiz Besar Dijamin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.