Connect with us

PANDUAN

Rahsia Masak Udang Buttermilk Simple Tapi Sedap, Memang Menjilat Jari

Published

on

Rahsia Masak Udang Buttermilk Simple Tapi Sedap, Memang Menjilat Jari

Udang buttermilk adalah salah satu hidangan yang semakin popular kerana rasa lemaknya yang kaya dengan sedikit sentuhan pedas. Jika anda sering memasak sambal atau gulai udang, resipi udang ini patut anda cuba! Ia memberikan rasa baru yang menggugah selera dan pastinya menjadi kegemaran keluarga.

Resepi ini tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan, serta bahan-bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi udang ini juga sangat sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi tetap ingin menyediakan makanan yang sedap. Mari kita lihat cara-cara memasaknya dengan lebih mendalam.

Cara membuatnya pun ringkas sangat dan dikongsi Fairuz Abu Hassan.Katanya selain udang boleh juga gantikannya dengan ayam.

Udang Buttermilk

Bahan-Bahan Utama untuk Udang

Sebelum memulakan proses memasak, pastikan anda menyediakan bahan-bahan berikut:

  • Udang galah
  • Buttercup
  • Susu cair
  • Bawang putih
  • Cili api

Udang Buttermilk

Dengan bahan-bahan di atas, anda sudah bersedia untuk memulakan langkah mudah dalam menyediakan udang buttermilk yang lazat ini.

Cara membuatnya

  1. -Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
  2. Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi
  3. -Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
  4. -Kacau sebati. Masukkan udang.
  5. -Masak sehingga pekat. Siap!

Udang Buttermilk

Udang buttermilk adalah pilihan hidangan yang mudah, cepat disediakan, dan pasti disukai oleh semua peringkat umur. Dengan rasa yang berlemak, sedikit pedas, dan aroma yang menyelerakan, hidangan ini pasti menjadi salah satu menu kegemaran dalam keluarga anda. Jadi, tidak kira sama ada anda menggunakan udang atau ayam, resipi ini sangat fleksibel dan mudah disesuaikan dengan selera anda.

Resipi ini atas masing-masing, letak cili kalau nak pedas. Tak nak pun boleh. Boleh juga tukar kepada ayam. Tapi ayam kena goreng tepung terlebih dahulu. Kalau buat memang akan jadi kegemaran anak-anak.

Selamat mencuba dan semoga hidangan udang buttermilk anda menjadi kegemaran seisi keluarga!

Baca lagi: Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan… Barulah Hasil Pulut Cantik

sumber: Fairuz Abu Hassan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.