PANDUAN
‘Ramas’ & ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai, Ini Teknik Yang Ramai Ibu Tak Tahu
‘Ramas’ & ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai, Ini Teknik Yang Ramai Ibu Tak Tahu
“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu.” tulisnya dalam salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan oleh kaum ibu.
Alang Narzita, ibu anak empat ini telah amalkan teknik ‘perah’ pampers selama 11 tahun, iaitu sejak anak yang pertama hinggalah anak ke-4 yang berusia 1 tahun 9 bulan.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu kan?
Ini Sebab Kenapa Saya ‘Ramas’ Dan ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai
Katanya, memang berbeza daripada pampers yang tidak diramas, kerana pampers baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.
Dah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramas manja’ pampers kerana ia dapat melembutkan struktur pampers yang dah lama terlipat dalam pek.
“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.
Menurut komen, pampers jenis pants pun boleh dibuat begini. Bila anak pakai, tak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung bayi. Kulit anak pula montok dan licin sebab ianya lebih lembut.
Rata-rata, ramai yang tertarik dengan petua ini dan tak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tak kurang juga yang dah lama mempraktikkannya juga dan amat berpuas hati dengan cara ini.
Jangan Risau, Ia Takkan Bocor
Ada juga yang bertanya sama ada pampers akan menjadi bocor jika berbuat demikian. Jawapannya, sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis pampers memang direka dengan ciri ketahanan. Apapun, janganlah terlalu kasar pula ya.
Ini sekadar perkongsian pada yang sudi. Sama-sama share ilmu dan petua.
Semoga bermanfaat ya!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Alang Narzita, Sirap Limau / Majalah Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.