PANDUAN
Resepi Karipap Ni Yang Paling Sedap, Wanita Ni Kongsi Resipi Karipap Rangup.
Resipi Karipap Rangup Ni Yang Paling Sedap….” Wanita Ni Kongsi Resipi Karipap Yang Rangup!
Resipi Karipap Rangup : Proses pembuatan Resipi Karipap Rangup yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya.
Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa.
“Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia
Baca lagi : Sempena HARIJADI, MUA Bellaz edar karipap PERCUMA buatan sendiri untuk ibu-ibu hamil
RAMUAN BANCUHAN TEPUNG (Kulit Karipap Yang Rangup)
- 1/2 kilo tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 Sb tepung jagung
- 2 Sb tepung beras
- 1 cawan air sejuk dari peti ais
- 1 sk garam
Baca lagi : Kalau Isi Ayam Tak Laku Di Rumah, Buat Ayam Masak Halia Macam Ni. Confirm Cepat Licin
Bahan Inti Resipi Karipap Rangup
- 4 biji kentang (potong dadu kecil)
- Sedikit ayam/daging ( cincang )
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 Sb rempah kari daging
- 1 Sk jintan manis
- 1Sk serbuk ketumbar
- Sedikit daun kari
- Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak Resipi Karipap Rangup:
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam tepung.
- Kacau dengan senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
- Masukkan air. Uli sehingga sebati.Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
Nipiskan doh (jangan terlalu nipis). - Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap Goreng dengan api perlahan.
Kaedah buat inti dengan betul.
- Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
- Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dengan kiub pati ayam.
- Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jangan terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
Selamat mencuba ! Resipi Karipap Rangup
Sumber: Fadila Sofia via MAHN
Dah Baca Resipi Karipap Rangup , Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.