Connect with us

PANDUAN

Tip Goreng Sosej Supaya Tak Kecut & Berkedut, Elok Cantik Hasilnya

Published

on

Tip Goreng Sosej Supaya Tak Kecut & Berkedut, Elok Cantik Hasilnya

Sosej memang biasa kita hidangkan terutama waktu pagi. Anak-anak pun cukup suka. Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut. Hasilnya tak cantik.

Goreng Sosej

Yang menghairankan kalau tengok yang dijual di gerai-gerai elok saja tegang dan mulus, langsung tak menggelembung. Menghadapi masalah yang sama, Siti Afifah meminta tip daripada netizen melalui hantaran beliau dalam satu grup masakan terkenal.

“Kalau bab goreng sosej ni memang failed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tip tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Tq”, ujar Siti Afifah.

Hantaran beliau mendapat banyak respon daripada netizen yang berkongsi tip menggoreng sosej yang betul.

Goreng sosej tak perlu minyak panas

Antaranya Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam. Untuk memastikan kulit sosej tegang dan cantik ini cara menggoreng yang betul;

  • Bagi memastikan kulit sosej sentiasa tegang muda remaja, jangan goreng sosej menggunakan minyak panas. Sebaliknya buka api terus saja masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan).
  • Biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak pnas. Apabila sosej timbul terus angkat. Memang akan masak.
  • Sosej akan sedikit berminyak tapi selepas tos, minyak akan hilang. Hasilnya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati.

Rendam dalam air panas dulu

Goreng Sosej

Selain itu Atika Rosli juga memberikan cara beliau; rendam saja sosej dalam air panas sekejap kemudian golek-golekkan sosej atas pan sekejap saja. Hasilnya memang elok cantik tak kedut.

 

Letak air dan minyak dalam pan

Boleh juga gunakan cara Sitirus Zakaria. Caranya dalam pan letak air sikit dan minyak saty sudu dan sosej. Air fungsinya merebus sosej, dan bila kering air minyak yang berbaki dalam tu akan gorengkan sosej..

Goreng guna pan dan sedikit saja minyak

Menurut Hazwany Syafiqa cara beliau goreng sosej supaya cantik rupanya adalah dengan menggunakan sedikit saja minyak. Sekadar cukup untuk tak lekat sosej pada pan. Sama macam cara goreng burger.

Baca lagi : Tip Buat Sendiri Teh Ais Pekat Kaw, Manis Berlemak. Tambah Sikit Susu Jenis Ini!

Sumber: Siti Afifah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.