Connect with us

PANDUAN

Resipi Keledek Goreng Rangup, Tak Sedar Habis Sepinggan Bila Dah ‘Start’ Makan

Published

on

Keledek Goreng

Resipi Keledek Goreng Rangup, Tak Sedar Habis Sepinggan Bila Dah ‘Start’ Makan

Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Anak-anak mesti suka makan. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.

Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!

RESIPI KELEDEK GORENG RANGUP

Keledek Goreng

BAHAN-BAHAN:

Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.

Keledek Goreng

2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.

Keledek Goreng

3. Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.

4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Keledek Goreng

5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.

Keledek Goreng

6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.

Baca lagi : Tip Pokok Kesum Cepat Merimbun, Siram Dengan Air Bawang. Boleh Buat Pada Pokok Sayur Lain Juga

Sumber : Aiza Shereen

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.