Connect with us

PANDUAN

Tip Pokok Kesum Cepat Merimbun, Siram Dengan Air Bawang. Boleh Buat Pada Pokok Sayur Lain Juga

Published

on

Kesum

Tip Pokok Kesum Cepat Merimbun, Siram Dengan Air Bawang. Boleh Buat Pada Pokok Sayur Lain Juga

Pokok kesum antara yang selalu ditanam di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Senang bila nak masak ambil saja, tak perlu keluar beli di kedai.

Bagi yang nak gunakan kaedah tanpa baja kimia, boleh gunakan petua air bawang ini supaya daun kesum banyak pucuk dan akar.

Cara ini dikongsi oleh Noridah Tahir. Selain itu air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.

Ramai yang tanam ini mengadu kurang subur dan rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.

Jirus air bawang untuk banyak akar, sembur untuk banyakkan pucuk

Kesum

Guna air bawang merah barulah pokok keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai pula dalam botol mineral untuk tambah koleksi kesum.

Cara buat air bawang merah;

1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.

2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.

3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.

4. Peram 1 hingga 2 hari.

5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.

Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.

Kesum

Cara tanam pokok kesum

Ini pula cara beliau menanam pokok kesum;

– Ambil keratan batang pokok , letak dalam air sampai keluar akar.

– Kemudian tanam dalam bekas tak berlubang. Medium guna cocopeat dan tanah sawit.

– Siram hingga bertakung, sebab kesum perlukan air yang banyak, menjelang tengah hari biasanya air dah tiada diserap pokok. Letak di tempat yang kena cahaya.

– Siram dengan air bawang untuk cepatkan keluar pucuk dan akar.

Baca lagi : Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih Sebelum Masak, Teknik Sotong Kekal Pejal & Tak Berair Cara Nelayan Korea

Sumber: Noridah Tahir

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.