PANDUAN
Span Pencuci Pinggan Yang Kotor Boleh Jadi Sumber Penyaklt, Jom Tengok Cara Betul Bersihkannya
Apakah faktor utama yang diberi penekanan untuk menukar span pencuci pinggan? Adakah ia disebabkan oleh keadaannya yang sudah kotor? Sudah hampir hancur atau warnanya sudah menjadi gelap?
Span pinggan merupakan antara alatan yang kerap kali kita gunakan untuk mencuci pinggan. Persoalannya, sejauh manakah tahap kebersihannya mencuci pinggan mangkuk anda setelah sekian lama menggunakannya?
Mungkin anda tidak tahu, pihak Public Health Malaysia ada berkongsi fakta mengenai span pencuci pinggan lazimnya menjadi tempat pembiakan kepada jutaan bakteria berbahaya dan ia mungkin menjadi salah satu faktor kepada masalah cirit-birit yang dihadapi.
Public Health Malaysia
Jika span yang sama digunakan untuk mengelap tumpahan minyak, cecair kotoran dan sebagainya di lantai, adakah anda yakin ia selamat dan cukup bersih untuk digunakan?
Ya, memang kita tidak dapat nafikan bahawa span merupakan antara alatan pembersihan yang popular digunakan ekoran kuasa penyerapannya. Maka, oleh sebab itulah, ia sering dipilih untuk mencuci pinggan, mangkuk, cawan, ada juga digunakan untuk mencuci botol susu anak, periuk, senduk, sudu dan garfu, serta pelbagai lagi perkakas dapur.
Ternyata anda salah kerana kajian menunjukkan kuman tersebut masih lagi wujud walaupun ia direndam di dalam sabun. Ia juga boleh menjadi lebih kotor daripada kotoran di tandas!
Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis kuman dan bakteria seperti acinetobacter, moraxella, chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah anda. Mungkin anda berpendapat bahawa sabun anti-bakteria yang digunakan untuk membasuh pinggan sudah cukup kuat untuk membunuh kuman dan bakteria yang disebutkan tadi.
Mengikut saranan, span pencuci pinggan harus ditukar setiap 3 minggu bagi mengelakkan masalah cirit-birit dan penyakit yang lain. Berikut merupakan tips yang boleh anda lakukan untuk membersihkan span:
1. Gunakan ketuhar gelombang mikro – rendamkan dalam campuran air dan cecair peluntur selama 2 minit
2. Rebus span selama 5 minit
3. Tukarkan dengan span yang baru – seminggu sekali lebih baik.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Public Health Malaysia / Lakarmedia
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.