Connect with us

PANDUAN

Teknik Tanam Serai untuk Hasil Besar & Berat. Elak Trim Daun, Ini Sebabnya

Published

on

Teknik Tanam Serai untuk Hasil Besar & Berat. Elak Trim Daun, Ini Sebabnya

Tanam Serai di rumah semakin popular kerana serai merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan tradisional Malaysia. Dari nasi lemak hingga tomyam, serai memberikan aroma dan rasa yang unik. Namun, tidak semua orang berjaya menghasilkan serai yang gemuk dan subur. Ada yang berakhir dengan serai yang kurus dan kecil.

Sekiranya anda ingin menghasilkan serai yang gemuk, besar, dan padu, anda perlu mengikuti beberapa langkah dan tip yang betul. Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap penanaman serai berdasarkan pengalaman Tariq Syahman, seorang penggemar kebun yang berjaya menanam serai dengan hasil yang memuaskan.]

Tanam Serai

Tip Tanam Serai di rumah supaya hasilnya gemuk, besar & padu

“Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan ke akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.

Serai di atas adalah yang dah siap bersih yang saya hantar, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula nanti. Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.

  • 1. Untuk benih serai ini saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawahnya.
  • 2. Bila dah ditanam, pokok serai ini akan keluarkan daun baru & bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Kemudian pokok akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
  • 3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – pokok dah mati sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
  • 4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
  • 5. Ada yang advice masa tanam kena condongkan batangnya supaya anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
  • 6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
  • 7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.
  • 8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batangnya akan jadi kurus.
  • 9. Untuk yang tanam serai kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batangnya gemuk-gemuk, berat dan padu.
  • 10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam saja takde lah ular nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.

Tanam Serai

Tanam Serai di rumah bukanlah tugas yang terlalu sukar, tetapi memerlukan sedikit perhatian dan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang diingini. Dengan mengikuti tip yang dikongsi oleh Tariq Syahman ini, anda boleh menghasilkan serai yang gemuk, besar, dan padu.

Pastikan anda memilih benih yang baik, menjaga kelembapan tanah pada peringkat awal, membaja dengan betul, dan biarkan pokok merimbun tanpa dipangkas. Dengan sedikit kesabaran, serai di kebun anda akan tumbuh dengan subur dan boleh dinikmati dalam pelbagai masakan.

Serai bukan sahaja menambah rasa pada makanan, tetapi juga memberikan kepuasan kepada penanam apabila melihat hasil tanaman yang gemuk dan sihat. Selamat mencuba!

Tanam Serai

Tanam Serai

Sumber: Tariq Syahman

Baca lagi: Cara Betul Tanam Pokok Labu, Hasil Buah Banyak dan Saiz Besar Dijamin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.