PANDUAN
Gaji Hanya RM1,600 Tinggal Di Kuala Lumpur, Wanita Ini Buktikan Boleh Bertahan, Ini Caranya!

Gaji Hanya RM1,600 Tinggal Di Kuala Lumpur, Wanita Ini Buktikan Boleh Bertahan, Ini Caranya!
Bagi wanita ini ia bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan biarpun bergaji kecil. Pengalaman pernah survive dengan gaji hanya RM1600 di Kuala Lumpur, wanita ini kongsikan pendekatan yang digunakannya.
Bila bicara mengenai duit, ramai anak muda yang tamat pengajian akan mula bekerja. Ketika ini sudah pastinya cabaran untuk mendapat kerja agak sukar. Sudah tentu lebih mencabar Bagi fresh graduate tidak mempunyai pengalaman kerja.
Moga kisah ini jadi motivasi untuk para anak muda untuk meneruskan kehidupan biarpun dengan gaji yang kecil.
Struggle dengan gaji hanya RM1600
Tika saya di offer kerja fresh graduate starting RM1,600. Saya terus grab, walaupun tempat kerja tersebut jauh dengan keluarga. Peluang hanya datang sekali, kita rebut-rebutkan
1. Kenderaan takda, kita guna apa yang ada saja iaitu motor kesayangan saya
2. Rumah takda, kita cari bilik sewa
3. Rakan-rakan baru yang kita tak kenal, jangan di musuhi. Kita kenal dulu, kot-kot terbina masjid kita kat situ
4. Macam-macam cerita menakutkan saya bila tinggal di kawasan perumahan tersebut, termasuklah kes bunuh berdekatan perumahan saya sewa tu. Allah kan ada, saya pujuk hati.
5. Waktu ni baru nak belajar dalam industri perbankan, banyak benda baru yang dipelajari. Tapi hati-hati tak semua orang suka berkongsi skill mereka, takut kurang bisnes mereka kata. Saya redha dan terus mencari jalan dan rentak dalam industri ni.
6. Rasa cemburu juga lihat member bawak pamphlet honda di hari pertama training, waktu tu baru setengah bulan kerja. Gaji yang masuk dalam akaun hanya lah RM400. Rasa nak nangis masa tu.
7. Di saat serba kekurangan waktu ni lah mula panjang akal, saya mula rekod segala perbelanjaan saya. Segala resit semua saya simpan. Terhadkan perbelanjaan yang tidak penting.
8. Kerja di dalam service centre bank iaitu dalam shopping mall, dugaan hebat sangat. Tiap-tiap hari nampak barangan cantik dan ada je sale yang di offer. Ku kuatkan iman, ini semua dunia.
9. Dulu tak suka isi minyak penuh, nanti mula lah panjang langkah. Ku isi cukup untuk ulang alik ke tempat kerja.
10. Tiba lah satu masa, di offer kerja admin dengan permulaan gaji RM1000 waktu tu. Saya terus grab! Bukan senang nak dapat RM1000, saya tekun kerja part time hinggalah ke waktu subuh siapkan kerja yang agak heavy masa tu.
11. Tinggal sorang-sorang dalam bilik sewa hampir 3 tahun, ku penuhi masa dengan mengaji dan peluk al quran. Selalu doa, agar dimudahkan urusan dan diberi kekuatan.
12. Rezeki tak pernah salah alamat kan.
13. Walaupun kerja admin tu dibuat selepas waktu kerja, Alhamdulillah saya masih boleh perform dengan kerja hakiki. Saya dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun. Syukur!
14. Di ketika saya buat kerja hakiki dan kerja admin, saya adalah seorang student part time degree accounting di shah alam. Bila dah mula kerja, priority kita adalah mencari rezeki, saya masih cekal cuba untuk kekal on track. Waktu cuti saya dihabiskan di library sorang-sorang hinggalah ke waktu malam.
15. Waktu ni keluarga mula merajok dengan saya sebab jarang balik dan jadual terlalu padat. Hinggalah saya terbaring, kepala pening dan muntah. Rupanya doktor bagitau, darah tinggi saya naik mendadak.
16. Biasa dengar kan 3 tahun pertama kerja adalah tempoh membina kewangan kita. Saya latih dan disiplin kan diri. Bukan mudah dan senang nak jadi seperti sekarang. Simpanan yang dibina terus terbina dengan jayanya. Sifat merendah diri dan menghargai keluarga kita terus utuh dalam diri.
17. Saya diberi pilihan mahu tidur dan rehat atau mau makan ubat seumur hidup. Pastinya saya pilih untuk tidur! Dari situ saya let go satu per satu kerja saya. Dari belajar part time, kerja hakiki dan last sekali kerja admin dan pa.
18. Jika sekarang korang tak nampak apa yang korang kena buat, pejam mata dan bayangkan siapa big why kita dan kenapa kita kena terus kuat dan berjaya?
19. Setiap orang punya cita-cita dan impian yang nak di capai, belajar berdiri di atas kaki sendiri dan belajar buat keputusan sendiri iaitu yakin dengan diri kita sendiri. Baru lah keluarga kita pun yakin yang kita ni satu hari nanti mampu bina keluarga dan bina empayar sendiri kemudian hari. Aamin.
Sekian dari saya,
Kini saya seorang consultant di area kl dan seremban, masih berkerja keras mencari rezeki untuk masa depan kita
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Syafieqah A’lya / Keluarga
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.