Connect with us

SEMASA

W4nita Ini R3ntas N3geri T4npa R0adbIock, Ruangt4mu Di S3langor D4pur Di KL

Published

on

SATU video yang dik0ngsi di aplikasi TikT0k hangat diperkatakan kerana menunjukkan seorang wanita dikatakan merentas negeri.

Namun, jangan saIah sangka kerana video tersebut memaparkan wanita itu menunjukkan rumah ibu bapanya yang terletak betul-betul di sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

Menerusi video itu, wanita berkenaan menunjukkan dapur rumah ibu bapanya terletak di Kuala Lumpur, sebelum berjalan beberapa langkah ke ruang tamu di Selangor.

“Nak minum air kena pergi KL,” antara k0men netizen yang mencuit hati.

 

Wanita berkenaan, Sharina Intan Sharum berkata, rumah yang terletak di Jalan Gombak itu dibina di atas tanah yang dibeli bapanya yang terletak di sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, video tersebut dirakamkan bagi menunjukkan keunikan rumah ibu bapanya yang banyak meninggaIkan kenangan manis buat dirinya.

“Mak ayah berpindah ke rumah ini pada 2002 selepas mereka bersara. Mengikut pelan, rumah mak ayah betul-betul terletak di garisan sempadan Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tak ada roadbIock (sekatan jalan raya). Tak perlu keluar rumah pun untuk rentas negeri. Jalan sikit beberapa langkah dari dapur di Kuala Lumpur, dah boleh sampai ke ruang tamu di Selangor,” ujar wanita berusia 50 tahun kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Kak Intan, katanya, rumah banglo tiga tingkat dengan tujuh bilik tidur itu didiami oleh ibu bapanya masing-masing berusia 73 tahun dan 78 tahun, termasuk keluarga adiknya.

Tambahnya, dia juga pernah menetap di rumah tersebut bersama suami dan anak-anaknya selama lima tahun dari 2010 hingga 2015.

“Rumah ni agak pelik sikit kerana kedudukannya yang boleh dilihat dari jalan besar, selain kereta perlu diletakkan di tingkat bawah, dan perlu naik tangga di luar untuk ke pintu masuk yang menempatkan ruang tamu.

“Asalnya nak buat garaj kereta di tingkat bawah, tetapi ayah kemudian ubah suai menjadikannya sebagai rumah untuk disewa,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Menurut Sharina, rumahnya yang beralamatkan ‘Kuala Lumpur Selangor’ itu menimbulkan kekeliruan bukan sahaja dalam kalangan tetamu, bahkan penghantar barang.

“Pihak kurier selalu keIiru. Bila guna aplikasi Waze atau G0ogle Map, ia akan bawa ke jalan yang betul dan mereka sebenarnya lalu depan rumah, tapi tak berhenti pun sebab tak jumpa.

“Setiap kali ada orang nak hantar barang, kami terpaksa tunggu di luar rumah, sambil bercakap dengan mereka menerusi panggilan telefon sehingga mereka jumpa rumah kami”- SHARINA INTAN SHARUM

“Jadi setiap kali ada orang nak hantar barang, kami terpaksa tunggu di luar rumah, sambil bercakap dengan mereka menerusi panggilan telefon sehingga mereka jumpa kami.

“Selain rumah tiga tingkat, bagi memudahkan mereka untuk mengenali rumah mak ayah saya ini adalah bumbungnya berwarna biru sejak. Kalau nampak bumbung biru itulah rumah kami,” ujar ibu kepada dua anak itu.

Selain itu, Sharina yang mengusahakan bisnes barangan vintaj berkata, keluarganya juga perlu memasang ‘papan tanda’ di luar rumah setiap kali mengadakan majlis atau rumah terbuka terutama setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Rumah mak ayah buat pertama kali diadakan majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 2009 dan mengundang tetamu untuk memeriahkan suasana.

Bagi mengelakkan kekeIiruan orang ramai atau ses4t, untuk ke majlis kahwin adik, kami pacakkan beberapa batang bunga manggar beberapa ratus meter sepanjang jalan ke rumah,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Sumber: Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.