DOA
4 Doa Dipermudahkan Urusan Dalam Kehidupan Seharian Kita
Doa Dipermudahkan Urusan. Setiap dari kita sudah pastinya mahukan segala urusan kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tidak kiralah apa juga urusan yang kita lakukan pasti, kita akan melakukan segala persediaan dengan lebih awal dan melakukan segalanya dengan terbaik kerana tidak mahu menghadapi sebarang masalah yang memeningkan kepala kita.
Tidak kiralah apa jua urusan yang hendak kita lakukan di dalam kehidupan seharian kita, ianya adalah satu perkara yang amat penting buat kita dan kita akan melakukan sehabis baik. Namun begitu, dalam kita melakukan persediaan untuk apa jua urusan penting yang hendak kita lakukan, jangan lupa untuk berdoa.
Jenis-Jenis Doa Dipermudahkan Urusan
Sebenarnya, ada beracam jenis doa dipermudahkan urusan yang boleh kita amalkan. Malah, doa-doa ini ada di dalam Al-Quran dan kita sering membacanya. Antara doa tersebut ialah:
1- Doa Dipermudahkan Urusan: Surah Al-Kahfi Ayat Yang Ke 10
Maksudnya:
Ya allah berikanlah kepada kami rahmat di sisimu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.
2- Doa Dipermudahkan Urusan Ketika Hendak Menghadapi Peperiksaan
Surah ini adalah doa yang di baca oleh Nabi Musa. Surah ini antara salah satu doa yang di baca oleh kebanyakkan orang dalam memudahkan segala urusan yang mereka lakukan. Bukan itu sahaja, doa ini juga boleh digunakan untuk mereka yang bakal menghadapi peperiksaan terutama sekali buat pelajar. Doanya ialah seperti berikut:
Maksudnya:
Ya Allah, lapangkanlah dada (Jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekauan lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.
Baca Juga: Solat Subuh : Panduan Lengkap Dan 2 Kelebihan Solat Subuh Berjemaah
3-Doa dimudahkan segala kesulitan
Bagi yang menghadapi kesulitan anda juga boleh membaca doa ini supaya ia dapat memudahkan urusan anda dan dalam pada masa yang sama dapat membantu kita untuk keluar dari kesulitan yang kita hadapi. Doa tersebut ialah:
Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
4- Doa Dipermudahkan Urusan Bersalin
Untuk mereka yang bakal melahirkan anak, sudah tentulah mahu urusan bersalin anda dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Selain dari mengamalkan bacaan beberapa surah di dalam Al-Quran, ada juga doa yang boleh anda amalkan. Doa tersebut ialah:
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri
Adab Ketika Berdoa
Dalam kita memohon doa memudahkan urusan, jangan lupa untuk menjaga adab kita ketika berdoa. Antara adabnya ialah:
1-Berdoa dengan Penuh Harap dan Yakin
Antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan. Demikian juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa dimustajabkan) dan juga perasaan takut (dari doa tertolak)
2- Mulakan Dengan Memuji Allah Terlebih Dahulu
Sebelum kita hendak berdoa, kita sangat di galakkan untuk mulainya dengan memuji Allah terlebih dahulu. Ia sebagai tanda kita menghormati Allah dan dalam pada masa yang sama kita mengagungkan Allah SWT sekali gus membuktikan yang kita hanya bergantung harap kepada Allah semata-mata. Malah, ada beberapa hadis mengenai ini ada di terangkan di dalam Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan
Doa Adalah Senjata Utama Bagi Orang Islam
Kesimpulanya, doa adalah senjata utama bagi umat islam. Justeru itu, untuk memudahkan segala urusan, kita sangat digalakkan untuk membaca doa dipermudahkan urusan. Ia supaya kita dapat berdoa supaya segala urusan yang kita lakukan dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.