Connect with us

SOLAT

Solat Subuh : Panduan Lengkap Dan 2 Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Published

on

Solat Subuh

Solat Subuh adalah salah satu solat fardhu yang wajib kita lakukan. Ia dilakukan pada waktu pagi sebelum masuknya waktu syuruk.

Solat subuh

Selain itu, waktu subuh juga di jadikan sebagai panduan pada bulan ramadhan iaitu telah berakhirnya waktu sahur. Solat subuh dilakukan bersama-sama dengan doa qunut. Sama seperi solat-solat yang lain, kita wajib menunaikan solat subuh kerana ia adalah solat fardhu yang wajib kita dirikan. 

Niat Solat Subuh

Sama seperti solat fardhu yang lain, ia perlulah di mulai dengan niat terlebih dahulu. Niat solat Subuh adalah seperti berikut:

Niat solat subuh

Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala. 

Jumlah Rakaat Dan Cara Menunaikanya

Solat Fardhu Subuh hanya mengandungi 2 rakaat sahaja dan cara menunaikan solat Fardu Subuh ini sama seperti solat fardhu yang lain. Iaitu cara melakukanya dengan:

  • Rakaat Pertama

1-Untuk melakukan solat fardhu subuh, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan selepas mengangkat takbir ialah dengan membaca doa iftitah kemudian di susuli dengan bacaan surah al-fatihah.

2- Kemudian diikuti dengan surah pendek dan selepas itu di ikuti dengan rujuk sujud dan duduk antara dua sujud.

  • Rakaat Ke Dua

Bagi rakaat ke dua pula pergerakan dan bacaanya sama tetapi ia ada penambahan doa qunut selepas bangun dari rukuk.

Baca Juga: Zikir Tidurkan Anak : 2 Jenis Zikir Dan Doa Untuk Tidurkan Anak

Bacaan Doa Qunut Berserta Makna

Solat Subuh

Bacaan Dalam Rumi:

Allahhumma dinii fiiman hadait,

Wa’aa finii fiiman ‘aafait,

Watawallanii fiiman tawal-laiit,

Wabaariklii fiimaa a’thait,

Waqinii syarramaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

Wainnahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Maksudnya:

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Kelebihan Melakukan Solat Subuh Secara Berjemaah

Walaupun solat subuh boleh dilakukan secara sendirian tetapi kita sangat di galakkan untuk melakukan solat subuh secara berjemaah sama ada di masjid atau bersama dengan ahli keluarga kita. Ini kerana ia mmepunyai banyak kelebihan dan kebaikkan. Antaranya ialah:

1- Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda

2- Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam

ia ada di sebuat dalam sebuah hadis daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]

Rujukan: Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.