Connect with us

IBADAH

Bacaan Tahiyat Akhir : Panduan Dan 7 Syarat Membaca Selawat Dalam Tahiyat

Published

on

Bacaan tahiyat akhir

Bacaan Tahiyat Akhir. Tahiyat Akhir adalah salah satu pergerakkan yang wajib dilakukan di dalam solat fardhu. Ia adalah salah satu rukun solat yang wajib kita lakukan.

Bacaan Tahiyat Akhir

Jika tertinggal atau tidak melakukanya, solat kita akan menjadi tidak sah dan perlu di gantikan dengan sujud sahwi. Justeru itu, Setiap kai melakukan solat fardhu, tahiyat akhir adalah salah satu pergerakan yang perlu kita jaga dan bacaanya juga perlulah di baca dengan teliti agar tiada kesalahan.

Bacaan Tahiyat Akhir Berserta Maksudnya

Bacaan Tahiyat akhir yang betul berserta maksudnya adalah seperti berikut:

Bacaan tahiyat akhir

Bacaan Dalam Rumi:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anlaa illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Baca Juga: 2 Contoh Doa Selamat Untuk Majlis Kesyukuran

Syarat Sah Selawat Bacaan Tahiyat Akhir

Bacaan tahiyat akhir

Ada beberapa syaratselawat di dalam bacaan tahiyat akhir dan tahiyat awal yang perlu anda tahu. Antara syaratnya ialah:

  • Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mendengar — sekiranya pendengaran dia baik.
  • Hendaklah menggunakan lafaz “Muhammad” ataupun “Ar-Rasul” ataupun “An-Nabi”. Tidak memadai ataupun tidak sah selawat sekiranya hanya menyebut Ahmad.
  • Membacanya dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun, dia diwajibkan mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab, sekiranya tidak mampu membaca dalam bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa, tetapi dia wajib mempelajarinya dalam bahasa Arab.
  • Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj ataupun tidak mempedulikan syaddahnya, ataupun tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah makna, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulangi semula.
  • Membaca mengikut susunan ayat yang sudah diajar Rasulullah.

Fadhilat Dan Kelebihan Bacaan Tahiyat Akhir Dan Tahiyat Awal

Ada beberapa kelebihan dalam bacaan tahiyat akhir dan tahiyat awal. Antaranya ialah:

  1. Dapat memberikan penghormatan khusus kepada Allah, pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan ا (segala penghormatan / ucapan selamat)
  2. Penghormatan kepada Rasulullah dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
  3. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
  4. Penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)

Rujukan: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Bacaan Tahiyat Akhir Adalah Salah Satu Bacaan Dalam Solat Yang Wajib Kita Baca

Kesimpulanya, bacaan tahiyat akhir adalah antara rukun solat yang kita tidak boleh tinggalkan. Justeru itu, untuk mendapatkan solat yang sah jangan tinggalkan segala rukun solat.

Selepas membaca Tahiyat Akhir, ada beberapa amalan sunnah yang boleh dilakukan sebelum mengucapkan salam. Bacaan-bacaan ini adalah pilihan dan tidak wajib, tetapi menambah keindahan dan keberkatan dalam solat kita.

Bacaan Doa Selepas Tahiyat Akhir

Selepas selesai membaca Tahiyat Akhir, kita boleh memohon kepada Allah dengan doa-doa berikut:

Memohon Perlindungan dari Empat Perkara:

اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر فتنة المسيح الدجال

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati, serta dari keburukan fitnah Dajjal.”

Doa Memohon Keampunan dan Kebaikan Dunia Akhirat:

اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت وما أسرفت وما أنت أعلم به مني، أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت

Terjemahan:

“Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang tersembunyi dan yang nyata, yang berlebihan dan yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Photo by Thirdman

Panduan Selepas Bacaan Tahiyat Akhir

Beri Salam:

Setelah selesai berdoa, beri salam ke kanan dengan mengucapkan:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Terjemahan: “Salam sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.”

Kemudian, beri salam ke kiri dengan ucapan yang sama.

Zikir Selepas Solat:

  • Setelah memberi salam, dianjurkan untuk berzikir dan berdoa. Antara zikir yang biasa diamalkan ialah:
  • Membaca istighfar (Astaghfirullah) tiga kali.
  • Membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah: 255).
  • Membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), dan takbir (Allahu Akbar) masing-masing 33 kali.

Menutup dengan membaca:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Terjemahan: “Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Amalan-amalan ini menambah keberkatan dan khusyuk dalam solat kita, serta mengeratkan lagi hubungan kita dengan Allah. Semoga panduan ini membantu anda dalam memperbaiki dan memperindah ibadah solat anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.