Connect with us

PANDUAN

Cara Buat Aiskrim Vanila Homemade Guna Blender. Sedap & Gebu Macam Yang Beli.

Published

on

Cara Buat Aiskrim Vanila Homemade Guna Blender. Sedap & Gebu Macam Yang Beli.

Anak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim vanila. Kadang-kadang beli sekotak kecil pun dah berapa Ringgit kan?

“Musim panas ni memang terasa nak makan aiskrim je… Kalau beli sorang satu mesti tak cukup kalau dapat kat budak-budak ni.”

Sebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim vanila ni. Tak perlu peralatan canggih, cuma menggunakan blender tapi tetap menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan lazat macam yang dibeli di kedai.

Malah bukan budak-budak saja yang gemarkan aiskrim, kita yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.

Baca lagi di : 14 Tahun Menanti Untuk Hamil, Akhirnya Wanita Ini Pergi Selamanya Selepas Melahirkan Zuriat Untuk Suaminya

Jom tengok resepi aiskrim vanila homemade yang dikongsikan oleh Puan Nur Halim ini.

Dan yang lagi best, anda boleh jimat banyak kalau buat sendiri aiskrim homemade di rumah.

RESEPI AISKRIM VANILA HOMEMADE YANG MUDAH & LEMBUT

Menurut Puan Nur Halim, mereka sekeluarga minat sangat dengan aiskrim vanila. Boleh dikatakan penggemar tegar aiskrim vanila.

Cara nak buat pun senang betul. Jadi, berbaloi buat sendiri di rumah.

Jadi bila boleh buat sendiri aiskrim vanila homemade ni, dapat jimat banyak.

Berikut adalah bahan dan cara membuat aiskrim vanila dengan lengkap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanila)
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Aiskrim Vanila

*Bagi yang tak tahu, inilah contoh creamy vanilla dan ovalette. Boleh beli di kedai baking atau dekat pasar raya biasa pun selalunya ada.

CARA-CARA

1. CAMPUR SEMUA BAHAN

Mudah saja, mula-mula kita satukan semua bahan ni dalam sebuah bekas.

Nak masukkan terus ke dalam blender pun boleh.

Aiskrim Vanila

2. BLENDER

Kemudian, terus blend je sampai agak likat.

Aiskrim Vanila

3. SEJUKKAN

Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam freezer.

Siap!

Lepas dah keras tu bolehlah makan.

Mudah kan?

Aiskrim Vanila

BOLEH PELBAGAIKAN PERASA

Selain dapat berjimat, kita juga boleh adjust rasa aiskrim ni ikut citarasa masing-masing. Tulah untungnya kalau kita buat sendiri.

Ada yang nak tambah bahan atau perasa lain pun boleh contohnya nak tabur biskut Oreo yang dihancurkan, nak campur buah strawberi, cip coklat atau sos coklat.

Kebanyakan orang sekarang suka yang kurang manis, jadi bolehlah kita kurangkan manis.

Macam contoh dekat bawah ni. Haa… Terliur kan?

Aiskrim Vanila

So, nak tunggu apa lagi. Rugi kalau tak cuba buat aiskrim vanila sendiri di rumah ni.

Ada yang suka aiskrim Milo tu boleh tambah serbuk Milo dan jadilah aiskrim Milo. Kiranya aiskrim vanila ni sebagai basic untuk apa-apa jenis aiskrimlah.

Mudah dan sedap, tak kalah macam yang dibeli di kedai. Dapat jimat banyak pulak tu.

Berbaloi kan?

Selamat mencuba!

Sumber: imuslimnetwork

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.