Connect with us

AGAMA

Asmaul Husna : 99 Nama Allah Dan Maksudnya

Published

on

asmaul husna

Asmaul Husna adalah salah satu bacaan yang sering kali kita baca dalam kehidupan seharian kita sama ada sebelum tidur mahupun selepas solat.

Asmaul husna

Malah, ia boleh dikatakan sebagai bacaan rutin kita pada setiap hari. Justeru itu, tidak hairanlah ramai antara kita yang boleh menghafal bacaan 99 nama Allah ini berserta dengan maksudnya sekali. Apa yang lebih mengagumkan hasil didikan di sekolah , dan pendedahan yang berterusan, anak kecil juga boleh menghafalnya dengan lancar sama seperti orang dewasa dan siap mengikut rentak lagu nasyid.

Apa Maksud Asmaul Husna?

Namun begitu, dalam kita mengalunkan asmaul husna dalam kehidupan seharian, pernah atau tidak kita mengetahui maksud disebalik setiap perkataan tersebut?

Asmaul Husna adalah 99 nama allah yang wajib kita ketahui. 99 nama Allah ini melambangkan bahawa Allah SWT adalah melambangkan kekuasaan allah Allah yang tanpa had.

Asmaul husna

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan secara tidak langsung memebri peluang kepada kita untuk menghayati segala kekuasaan Allah. Ia sekali gus dapat menjadikan kita seorang hamba Allah yang bersyukur. Maksud asmaul husna ialah seperti berikut:

Nama Allah (Rumi) Nama Allah (Jawi) Maksud
1. al-Rahman اَلرَّحْمَنُ Maha Pengasih
2. al-Rahim اَلرَّحِيْمٌ Maha Penyayang
3. al-Malik اَلْمَلِكُ Maha Merajai/Memerintah
4. al-Quddus اَلْقُدُّوْسُ Maha Suci
5. al-Salam اَلسَّلَامُ Maha Memberi Kesejahteraan
6. al-Mukmin اَلْمُؤْمِنُ Yang Memberi Keamanan
7. al-Muhaimin اَلْمُهَيْمِنُ Maha Pemelihara
8. al-Aziz اَلْعَزِيْزُ Maha Gagah
9. al-Jabbar اَلْجَبَّارُ Maha Perkasa
10. al-Mutakabbir اَلْمُتَكَبِّرُ Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11. al-Khaliq اَلْخَالِقُ Maha Pencipta
12. al-Bari’ اَلْبَارِئُ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13. al-Musawwir اَلْمُصَوِّرُ Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14. al-Ghaffar اَلْغَفَّارُ Maha Pengampun
15. al-Qahhar اَلْقَهَّارُ Yang Memaksa
16. al-Wahhab اَلْوَهَّابُ Maha Pemberi Kurnia
17. al-Razzaq اَلرَّزَّاقُ Maha Pemberi Rezeki
18. al-Fattah اَلْفَتَّاحُ Maha Pembuka Rahmat
19. al-Alim اَلْعَلِيْمُ Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20. al-Qabid اَلْقَابِضُ Yang Menyempitkan (makhluknya)
21. al-Basit اَلْبَاسِطُ Yang Melapangkan (makhluknya)
22. al-Khafid اَلْخَافِضُ Yang Merendahkan (makhluknya)
23. al-Rafik اَلرَّافِعُ Yang Meninggikan (makhluknya)
24. al-Muiz اَلْمُعِزُّ Yang Memuliakan (makhluknya)
25. al-Muzil اَلمُذِلُّ Yang Menghinakan (makhluknya)
26. al-Samik اَلسَّمِيعُ Maha Mendengar
27. al-Basir اَلْبَصِيرُ Maha Melihat
28. al-Hakam اَلْحَكَمُ Maha Menetapkan
29. al-Adl اَلْعَدْلُ Maha Adil
30. al-Latif اَللَّطِيفُ Maha Lembut
31. al-Khabir اَلْخَبِيرُ Maha Mengetahui Rahsia
32. al-Halim اَلْحَلِيمُ Maha Penyantun
33. al-Azim اَلْعَظِيمُ Maha Agung
34. al-Ghafur اَلْغَفُورُ Maha Pengampun
35. al-Syakur اَلشَّكُورُ Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36. al-Ali اَلْعَلِيُّ Maha Tinggi
37. al-Kabir اَلْكَبِيرُ Maha Besar
38. al-Hafiz اَلْحَفِيظُ Maha Menjaga
39. al-Muqit المُقِيت Maha Pemberi Kecukupan
40. al-Hasib اَلْحَسِيبُ Maha Membuat Perhitungan
41. al-Jalil اَلْجَلِيلُ Maha Mulia
42. al-Karim اَلْكَرِيمُ Maha Pemurah
43. al-Raqib اَلرَّقِيبُ Maha Mengawasi
44. al-Mujib اَلْمُجِيبُ Maha Mengabulkan
45. al-Wasi’ اَلْوَاسِعُ Maha Luas
46. al-Hakim اَلْحَكِيمُ Maka Bijaksana
47. al-Wadud اَلْوَدُودُ Maha Pencinta
48. al-Majid اَلْمَجِيدُ Maha Mulia
49. al-Bais اَلْبَاعِثُ Maha Membangkitkan
50. al-Syahid الشَّهِيدُ Maha Menyaksikan
51. al-Haq اَلْحَقُّ Maha Benar
52. al-Wakil الْوَكِيلُ Maha Memelihara
53. al-Qawi الْقَوِيُّ Maha Kuat
54. al-Matin اَلْمَتِينُ Maha Teguh
55. al-Wali اَلوَلِيُّ Maha Melindungi
56. al-Hamid اَلْحَمِيدُ Maha Terpuji
57. al-Muhsi اَلْمُحْصِي Maha Menghitung
58. al-Mubdik اَلْمُبْدِئُ Maha Memulai
59. al-Muid اَلْمُعِيدُ Maha Mengembalikan Kehidupan
60. al-Muhyi اَلْمُحْيِي Maha Menghidupkan
61. al-Mumit اَلْمُمِيتُ Maha Mematikan
62. al-Hayyi اَلْحَيُّ Maha Hidup
63. al-Qayyum اَلْقَيُّومُ Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri
64. al-Wajid اَلْوَاجِدُ Yang Maha Menemukan
65. al-Majid اَلْمَاجِدُ Maha Mulia
66. al-Wahid الْوَاحِدُ Maha Esa
67. al-Ahad اَلاَحَدُ Yang Maha Tunggal
68. al-Samad اَلصَّمَدُ Tempat Meminta
69. al-Qadir اَلقَادِرُ Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70. al-Muqtadir اَلْمُقْتَدِرُ Maha Berkuasa
71. al-Muqaddim اَلْمُقَدَّمُ Maha Mendahulukan
72. al-Muakhir اَلْمُؤَخَّرُ Maha Mengakhirkan
73. al-Awwal الأوَّلُ Maha Awal
74. al-Akhir الآخِرُ Maha Akhir
75. al-Zahir اَلظَّاخِرُ Maha Nyata
76. al-Batin الْبَاطِنُ Maha Ghaib
77. al-Wali الْوَالِي Maha Memerintah
78. al-Mutaali اَلْمُتَعَالِي Maha Tinggi
79. al-Bar اَلبَرُّ Maha Penderma
80. al-Tawwab اَلْتَّوَابُ Maha Penerima Taubat
81. al-Muntaqim اَلْمُنْتَقِمُ Maha Penyiksa
82. al-Afu اَلعَفُوُّ Maha Pemaaf
83. al-Rauf اَلرَّؤُوفُ Maha Pengasih
84. Malik al-Mulk مَالِكُ الْمُلْكِ Penguasa Kerajaan (Semesta)
85. Zu al-Jalal wa al-Ikram ذُوالْجَلاَلِ وَالإكْرَامِ Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86. al-Muqsit اَلْمُقْسِطُ Maha Adil
87. al-Jami’ اَلجَامِعُ Maha Mengumpulkan
88. al-Ghani اَلْغَنِيُّ Maha Kaya
89. al-Mughni اَلْمُغْنِي Maha Memberi Kekayaan
90. al-Mani’ اَلْمَانِعُ Maha Mencegah
91. al-Dar الضَّارَّ Maha Memberi Derita
92. al-Nafi’ النَّافِعُ Maha Memberi Manfaat
93. al-Nur النُّورُ Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94. al-Hadi اَلْهَادِي Maha Pemberi Petunjuk
95. al-Badi’ اَلْبَدِيعُ Maha Pencipta
96. al-Baqi اَلْبَاقِي Maha Kekal
97. al-Waris الْوَارِثُ Maha Mewarisi
98. al-Rasyid الرَّشِيدُ Maha Bijaksana
99. al-Sabur اَلصَّبُورُ Maha Sabar

Baca Juga: Arah Kiblat : Cara Menentukan Arah Kiblat Dan 4 Pengecualian Menghadap Kiblat

Asmaul Husna Mempunyai Banyak Kebaikkan Dalam Kehidupan Seharian Kita

Asmaul husna bukan hanya sekadar nama Allah semata-mata sebaliknya ia adalah nama Allah yang paling agung. Ia ada di terangkan di dalam website mufti wilayah persekutuan

Asmaul husna

Justeru itu, sebagai umat islam yang sejati kita wajib menghafal dan menghayati setiap nama Allah di dalam asmaul husna. Dengan penghayatan yang lebih mendalam ia secara tidak langsung akan menjadikan kita sebagai seorang mukmin yang sejati. Jadi, sentiasalah amalkan bacaan asmaul husna dalam kehidupan seharian kita.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.