AGAMA
Arah Kiblat : Cara Menentukan Arah Kiblat Dan 4 Pengecualian Menghadap Kiblat
Arah kiblat amat penting untuk kita mengerjakan ibadah solat dan ibadah-ibadah sunat yang lain. Tanpa arah kiblat yang betul memang sukar untuk kita mengerjakan solat.
Bukan itu sahaja, dengan mengetahui arah kiblat yang betul ia memudahkan kita untuk menuaikan solat terutama di tempat yang asing buat kita. Sudah tentulah kita tidak perlu risau untuk menunaikan solat fardhu. Justeru itu, apabila hendak meunaikan solat perkara pertama sekali yang kita akan cari adalah arah kiblat,
Bagaimana Nak Tentukan Arah Kiblat??
Tetapi macam mana cara untuk kita tentukan arah kiblat??
Ini persoalan yang sering kali menjadi persoalan dalam diri kita terutama sekali apabila kita hendak menunaikan solat di satu tempat asing dan baru buat kita.
Bukan itu sahaja, persoalan sebegini juga sering kali timbul apabila kita hendak menunaikan solat sewaktu pergi melancong keluar negara terutama sekali ke negara yang bukan islam. Antara cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan arah kiblat. Antara caranya ialah:
- Kaedah Tradisional
Kaedah tradisional adalah kaedah yang sering kali di ajar oleh kita apabila kita hendak menentukan arah kiblat untuk solat. Caranya ialah ketika matahari berada tepat di atas Kaabah.
Pada ketika ini, kita perlu letakkan satu objek atau objek yang panjang dan ia akan keluarkan bayang objek tersebut. Pada waktu inilah bayang objek di seluruh dunia akan menunjukkan arah kiblat yang tepat.
- Kaedah Menggunakan Kompas Kiblat
Selain dari menggunakan cara tradisional, cara ini juga antara yang boleh anda gunakan. Lagipun, untuk menggunakan kompas bukanlah satu perkara yang sukar.
Bukan itu sahaja, untuk mendapatkan kompass kiblat ini bukanlah satu perkara yang sukar kerana kompas kiblat ini ada banyak di jual di pasaran dan harganya juga sangat murah. Ia sangat memudahkan kita untuk kita menentukan kiblat untuk solat.
- Menggunakan Telefon Pintar
Ini cara paling mudah untuk kita menentukan kibat kita. Pada masa kini, ramai antara kita sudah mempunyai telefon pintar dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja kita sudah boleh menentukan kiblat solat kita.
Sekarang ini sudah ada aplikasi yang di wujudkan untuk kita menentukan kiblat untuk solat. Dengan adanya aplikasi seperti ini ia sangat memudahkan kita terutama sekali apabila kita bercuti keluar negara.
Baca Juga: Doa Selepas Azan: Maknanya Dan 5 Perkara Sunat Sewaktu Melaungkan Azan
Tiga Syarat Sah Menghadap Kiblat
Untuk menentukan kiblat solat sama ada dekat rumah, surau, masjid atau mana-mana tempat untuk menunaikan solat, ada beberapa syarat sah yang perlu kita ikuti. Ia ada di terangkan di dalam
Untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai penentuan arah kiblat, anda boleh klik di sini
Tiga Golongan Yang Di Kecualikan Dari Menghadap Kiblat
Sebenarnya, ada beberapa golongan yang di kecualikan dari menghadap kiblat ketika solat. Namun begitu, tidak semua orang di kecualikan dari menghadap kiblat. Antara golongan tersebut ialah:
1. Mereka yang solat khauf iaitu solat dalam ketakutan kerana mengawal musuh.
Seseorang yang dalam keadaan perang yang genting, dibolehkan bersolat sambil berjalan disamping mengawal keselamatan.
2. Solat sunat di atas kenderaan yang sedang bergerak.
Bagi solat fardhu, wajib menghadap kiblat dari awal hingga akhir solat. Tetapi, apabila arah kiblat berubah-ubah sepanjang perjalanan dan tidak ada cara lain untuk mengadap kiblat serta tidak dapat dijamak, maka solat itu sah iaitu sesudah sedaya upaya dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat sah solat.
3.Tidak dapat dipastikan arah kiblat dengan yakin.
Contohnya ketika berada dalam keadaan gelap-gelita, dalam hutan, ketika hujan lebat, ketika dalam penerbangan atau ketika mengharung badai di laut sehingga tidak dapat dipastikan arah kiblat. Dalam keadaan ini dibolehkan menghadap ke mana-mana sahaja.
4. Orang Yang Sedang sakit
jika anda jatuh sakit yang tidak mampu menghadap kiblat dan tidak ada sesiapa yang dapat membantunya mendapat kiblat. Maka ke arah mana pun dia menghadap, solatnya sah dan tidak perlu di ulang.
Pada Masa Kini Mudah Untuk Kita Menentukan Kiblat Solat Walau dI Mana Pun Berada
Kesimpulanya, pada masa kini untuk menentukan arah kiblat walau di mana pun anda berada bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, sekarang banyak cara yang memudahkan anda untuk menentukan kiblat solat terutama sekali apabila anda bercuti ke luar negara.
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.