AGAMA
Doa Nabi Yunus : Maksud Doa Nabi Yunus Dan 4 Kelebihanya

Doa Nabi Yunus. Setiap dari kita tidak pasti pernah berhadapan dengan masalah yang kadangkala membebankan diri kita sendiri.
Dalam hidup adakalanya kita akan di landa ujian dan musibah. Justeru itu, sebagai seorang yang beragama islam kita tidak boleh sesekali mneyalahkan takdir dan diri kita apabila kita berada di dalam kesusahan.
Sebaliknya, kita harus yakin dan percaya setiap yang berlaku di dalam hidup kita ada hikmah yang tersendiri. Justeru itu, kita di ajar untuk berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap segala masalah yang kita hadapi
Maksud Doa Nabi Yunus
Kita seringkali di ajar untuk berdoa sewaktu berada dalam kesusahan atau situasi yang getir. Salah satu doa yang boleh anda amalkan jika berada dalam kesusahan ialah doa Nabi Yunus. Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan yu.
Ia juga merupakan salah satu doa yang sangat baik untuk kita amalkan terutama sekali sewaktu kita berada dalam kesusahan dan kesempitan. Bacaan Doa Nabi Yunus adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Baca Juga: Waktu Maghrib : 4 Sebab Kita Di Larang Keluar Waktu Maghrib
Kelebihan Mengamalkan Doa Nabi Yunus Ini
Selain itu, doa nabi Yunus ini juga mempunyai banyak kelebihan jika kita mengamalkanya dalam kehidupan kita. Antara kelebihanya ialah:
1- Keluar Dari Masalah
Umum mengetahui, doa ini adalah doa yang di baca oleh nabi Yunus ketika dia berada dalam perut ikan yu. Doa ini di bacakan untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT supaya di keluarkan dari masalah yang di hadapi. Justeru itu, jika kita mengalami kesulitan atau menghadapi sebarang kesulitan, bacalah doa ini supaya kita dapat jalan penyelesaian kepada kesulitan yang kita hadapi.
2- Diberikan Ketenangan Hati
Selain itu, bagi mereka yang mengamalkan doa ini, ia akan diberikan ketenangan hati terutama sekali sewaktu berada dalam keadaan yang genting. Ia akan membuatkan seseorang itu tidak mudah melenting apabila sedang berada dalam situasi yang genting tetapi ia akan menjadi lebih tenang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang di hadapi.
3- Memohon Petolongan Dan Bergantung Kepada Allah Sahaja
Bukan itu sahaja, dengan membaca doa ini juga membuktikan bahawa kita hanya memohon pertolongan dari Allah dan hanya bergatung harap pada Allah semata-mata. Ia secara tidak langsung membuktikan yang kita tidak memohon pertolongan kepada benda lain atau makhluk kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa di seluruh sekalian alam.
4- Doa Dimakbulkan Oleh Allah
Doa nabi Yunus adalah salah satu doa yang sangat baik. Malah, ia adalah salah satu yang dimakbulkan oleh allah jika kita meminta sebarang permintaan sambil membaca doa ini. , Jadi, amalkan doa Nabi Yunus ini dalam kehidupan seharian kita.
Sentiasalah Mengamalkan Membaca Doa Nabi Yunus Dalam Kehidupan Kita
Kesimpulanya, doa nabi Yunus adalah salah satu doa yang bagus dan perlu kita amalkan. Bukan sahaja perlu di amalkan sewaktu berada dalam kesusahan tetapi juga perlu di amalkan dalam kehidupan seharian kita kerana banyak manfaat dan kebaikkan yang boleh kita dapat dari doa ini. Jadi, amalkanya selalu.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.
1 Comment