AGAMA
Doa Buka Puasa Serta 5 Adab Buka Puasa

Doa Buka Puasa. Puasa adalah perkara yang wajib kita lakukan apabila tibanya bulan Ramadhan. Hukumnya adalah wajib dan berdosa jika meninggalkanya.
Justeru itu, setiap dari kita perlulah memanfaatkan kelebihan bulan puasa dengan melakukan perkara-perkara yang mendapat pahala. Jadi, jangan sesekali mensia-siakan peluang yang ada ini untuk mengumpul pahala dengan sebanyaknya. Antara perkara yang selalu dilakukan pada bulan Ramdhan ialah dengan tidak melambatkan berbuka puasa.
Doa Buka Puasa Berserta Makna
Ada dua doa buka yang boleh anda amalkan. Antaranya:
- Doa Berbuka Puasa Secara Sendirian
Bacaan Doa Buka Puasa Dalam Rumi:
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
- Doa Buka Puasa Beramai-Ramai
Bacaan Doa Buka Puasa Dalam Rumi:
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Baca Juga: Panduan Solat Tahajjud Dan 5 Kelebihanya
Tips Sewaktu Berbuka Puasa Dengan Tertib
Waktu berbuka puasa ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakuakn dan ianya mendapat pahala untuk kita yang berpuasa. Antaranya ialah:
1- Berdoa
Waktu berbuka puasa adalah waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Justeru itu, kita perlu mengambil peluang untuk berdoa pada waktu ini dan pada waktu ini segala doa akan di makbulkan oleh Allah SWT. Jadi, bagi mereka yang mempunyai hajat pada waktu inilah waktu yang sangat sesuai untuk anda berdoa.
2- Menyegerakan Waktu Berbuka Puasa
Kita sangat di galakkan untuk menyegerakan waktu berbuka puasa. Malah, Rasulullah SAW mengajarkan satu sunnah, iaitu tidak melewat-lewat untuk berbuka puasa.
3- Mulai Dengan Makan Kurma Terlebih Dahulu
Setiap dari kita sememangnya sangat di galakkan untuk berbuka dengan mengambil beberapa biji buah kurma. Ia adalah amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Rasulullah. Atau anda boleh mengambil makanan atau minuman manis terlebih dahulu.
4- Jangan Makan Terlampau Banyak
Waktu berbuka bukanlah waktu untuk kita makan terlampau banyak. Walaupun anda menahan lapar sepanjang hari, tetapi janganlah makan terlalu banyak. Sebaliknya anda perlu makan secara sederhana supaya anda dapat melakukan ibadah selepas berbuka puasa.
5- Berbuka Puasa Secara Sedehana
Buka puasa bukanlah waktu untuk kita berbuka secara mewah, tetapi ia adalah waktu untuk kita berbuka puasa secara sederhana. Pada waktu ini sepatutnya kita merasa bersyukur dan menghayati kesusahan orang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa dengan serba tidak mampu.
Untuk bermacam lagi adab sewaktu berbuka puasa anda boleh klik di sini
Kebaikan Berdoa Ketika Berbuka Puasa:
- Dipelihara IMAN kepada Allah Taala
- Sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.
- Semoga dijauhkan daripada azab kubur dan diberi kesenangan di alam sana.
- Sentiasa dilapangkan dada daripada perkara sulit.
- Diampunkan dosa-dosa lalu
- Taubat diterima dan sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus.
- Dilapangkan dan diterangkan kubur
- Didekatkan dengan syurga.
- Dimudahkan hisab.
- Menerima kitab di tangan kanan semasa proses pengadilan
- Dipermudahkan melalui titian Sirat
- Bertemu Allah dengan wajah bercahaya.
Jangan Lupa Untuk Membaca Doa Buka Puasa Terlebih Dahulu
Kesimpulanya, dalam kita sedang berseronok untuk buka puasa jangan terlupa untuk membaca doa buka puasa terlebih dahulu. Ini kerana, dalam doa buka puasa itu mempunyai bermacam kebaikkan dan fadhilatnya yang tersendiri. Bukan itu sahaja, jadikan waktu berbuka puasa ini sebagai waktu untuk kita bersama-sama dengan keluarga
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.