Connect with us

AGAMA

Solat Hajat : Panduan Ringkas Dan 4 Kelebihanya

Published

on

Solat Hajat

Solat hajat antara solat sunat yang sering dilakukan oleh kebanyakkan umat islam apabila mempunyai hajat dan memohon menolak bala daripada Allah SWT.

Tidak kiralah sama ada mempunyai hajat yang besar atau hajat yang kecil, solat hajat sering dilakukan supaya hajat yang di minta di makbulkan oleh Allah SWT.

Kelebihan Solat Hajat

Solat hajat mempunyai pelbagai kelebihan buat diri kita. Antaranya ialah:

1) Diri menjadi lebih tenang setelah meluahkan bebanan serta keinginan disampaikan

kepada Allah SWT

2) Hati menjadi lebih ikhlas menerima ketentuan Allah

3) Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku

4) Permohonan hajat dimakbulkan oleh Allah SWT

Jumlah Rakaat Solat Hajat Dan Waktu Solat Hajat

Solat sunat hajat biasanya dilakukan sebnyak dua 2 dan sehingga dua belas 12 rakaat dan solat sunat hajat ini solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada siang atau malam. Terutama apabila kita mempunyai suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Hukum solat hajat ada diterangkan di dalam website Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Baca Juga: Rukun Iman Dan 6 Maksud Rukun Iman 

Niat Solat Sunat Hajat

Niat Solat Hajat

Bacaan Rumi:

Usollii sunnatal haajati rak’ataini lillaahi ta’aalaa”

 

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan solat sunat hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala

Cara Menunaikan Solat Hajat

  • Pada rakaat pertama :

Mula-mula sekali baca doa iftitah dan kemudian baca surah Al – Fatihah dan diikuti dengan surah Al – Kafirun atau Ayat Kursi ( sebanyak 1 kali atau 11 kali)

  • Pada rakaat kedua :

Pada rakaat ke dua pula anda perlu baca surah Al – Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Ikhlas (sebanyak 1 kali atau 11 kali)

  • Semasa sujud akhir, bacalah zikir ini sebanyak 40 kali :

Solat hajat

  Bacaan Dalam Rumi:

Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 

 

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, (Allah) ! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim (aniaya)

  • Setelah selesai solat sunat hajat, duduklah dengan khusyuk sambil membaca istighfar sebanyak 100 kali

Selawat Solat Hajat

Maksudnya: 

“Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya ”

  • Kemudian, kita perlu membaca selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 100 kali

Selawat solat hajat 2

Maksudnya:

“Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai
dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”

Doa Solat Sunat Hajat

Selepas selesai menunaikan solat hajat, tibalah masanya untuk membaca doa solat sunat hajat. Doanya seperti berikut:

Doa solat hajat

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa.

Janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”

Kita Perlu Memohon Segala Hajat Dengan Allah SWT

Kesimpulanya, jika kita mmepunyai satu-satu hajat yang baik, mohinlah kepada Allah SWT. Jangan mohon kepada ada tempat yang salah. Ini kerana, tidak ada sesiapa yang boleh memakbulkan segala hajat kita selain dari Allah SWT.

Bukan itu sahaja, hanya pada Allah sahaja tempat untuk kita memohon hajat dan pertolongan terutama sekali ketika kita sedang dilanda musibah. Justeru itu, jika ada hajat atau mahu memohon pertolongan lakukanlah solat hajat dan berdoalah kepada Allah SWT.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.