Connect with us

SOLAT

Panduan Solat Tahajjud Dan 5 Kelebihanya

Published

on

Solat tahajjud adalah salah satu solat sunat yang sering kali dilakukan oleh setiap umat islam di negara kita. Malah, semakin hari semakin ramai umat islam yang bangun malam untuk melakukan solat tahajjud.

Solat tahajjud

Setiap dari kita sememangnya sangat digalakkan untuk kita bangun malam untuk melakukan ibadah dan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Pada waktu inilah peluang untuk kita bangun malam dan melakukan ibadah serta mendekatkan hati dan jiwa kita kepada Allah S.W.T. Bukan itu sahaja, ia juga salah satu cara untuk kita bermuhasabah diri dan sekali gus ia adalah peluang untuk kita memperbaiki diri kita.

Apa Hukum Solat Tahajjud??

Hukum Solat sunat Tahajjud adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat di galakkan iaitu kita sangat di galakakan untuk bangun malam dan melakukan solat sunat Tahajjud ini. Malah, Rasulullah SAW juga sering kali bangun malam untuk melakukan solat sunat tahjjud ini.

Bila Waktu Untuk Melakukan Solat Tahajjud??

Perkara yang sering tertanya-tanya ialah, pada waktu bila sangat sesuai untuk melakukan solat sunat tahajjud ini??. Solat sunat tahajjud dilakukan ini pada 2/3 malam iaitu selepas pukul 12.00 malam. Ini kerena, pada waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT untuk melakukan iabadah.

Niat Solat Sunat Tahajjud

Niat Solat sunat tahajjud adalah seperti berikut:

Niat solat tahajjud

Bacaan Dalam Rumi:

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Baca Juga: Panduan Takbir Raya Dan 5 Kelebihan Takbir Raya

Berapa Rakaat Solat Sunat Tahajjud??

Solat sunat tahajjud boleh dilakukan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. Namun begitu, kita boleh melakukan seberapa banyak rakaat yang kita mampu lakukan.

Cara Nak Menunaikan Solat Tahajjud

Cara untuk menunaikan solat Tahajjud ialah seperti berikut:

  • Rakaat Pertama

Rakaat pertama ia perlu di mulai dengan solat iftitah kemudian baca al-fatihah dan kemudian baca surah Al-Kafirun

  • Rakaat Kedua

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas

Cara solat tahajjud ini boleh baca di Website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Doa Solat Tahajjud

Doa solat Tahajjud

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Kelebihan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud mempunyai pelbagai kebaikkan

  1. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  2. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  3. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  6. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  7. Jauh daripada kebinasaan.

Kita Perlulah Sentiasa Melakukan Solat Tahajjud

Kesimpulanya, sebagai umat islam kita perlulah senttiasa melakukan solat tahajjud kerana ia mempunyai banyak kebaikkan buat diri kita da dalam pada masa yang sama ia adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.