Connect with us

AGAMA

Solat Taubat Dan 3 Syarat Taubat Serta Panduan Lengkap

Published

on

solat taubat

Solat taubat adalah solat sunat yang dilakukan oleh seseorang itu kerana menyesali akan doasa yang telah dilakukan dan ingin bertaubat serta berazam tidak mahu mengulangi dosa tersebut lagi.

solat taubat

Sebagai manusia, kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Malah, tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.  Namun begitu, itu bukanlah alasan untuk kita terus melakukan dosa dan kesilapan yang sama. Setiap dari kita di beri peluang untuk menginsafi diri dan bertaubat serta tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.

Solat Taubat Adalah Salah Satu Cara Untuk Kita Insaf Dengan Dosa Yang Telah Dilakukan

Jadi, sebagai salah satu cara kita menginsafi keseilapan yang telah kita lakukan adalah dengan melakukan solat taubat. Ia supaya kita di beri kekuatan dan dalam pada masa yang sama ia adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Apa Syarat-Syarat Taubat??

Ada beberapa syarat taubat yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
memulangkan semula barang yang dicuri dan memberitahu kesalahan yang telah dilakukan.

Baca Juga : Doa Dhuha Dan 5 Kelebihan Solat Dhuha

Bilangan Rakaat

Solat taubat biasanya dilakukan 2,4, atau 6 rakaat dan cara menunaikanya sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Niat Solat Taubat

solat taubat

Cara Menunaikan Solat Taubat

Pergerakan solat taubat dengan solat sunat yang lain tidak ada bezanya, malah bacaanya juga sama. Cara menunaikanya ialah:

  • Rakaat Pertama

Pada rakaat pertama,mulakan dengan doa iftitah kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti oleh surah lain yang anda hendak baca.

  • Rakaat kedua

Sama seperti rakaat yang pertama, anda perlu memulakan rakaat kedua bacaan al-fatihah dan kemudian anda boleh membaca apa-apa surah yang anda hafal. Tidak ada surah khusus yang perlu anda baca pada setiap rakaat solat taubat. Untuk tatacara yang lebih lengkap anda boleh pergi ke Website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

  • Rakaat Terakhir

Untuk rakaat terakhir sebelum salam, baca bacaan ini sebanyak 40 kali

solat taubat

Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Bacaan Istifar Selepas Selepas Salam

Selepas selesai semua pergerakan di atas, bacaan terakhir yang perlu anda baca ialah bacaan istifar selepas salam. Bacaanya seperti berikut:

solat taubat 1

Maksudnya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Doa Solat Taubat

Selepas selesai ke semua perkara di atas, perkara yang paling penting dalam solat taubat, sudah tentulah doanya itu sendiri. Doa ini akan di baca setelah habis mengerjakan solat tersebut. Doanya adalah seperti berikut:

solat Taubat 3

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Sentiasa Muhasabah Diri Dan Berusaha Menjadi Seorang Yang Baik

Kesimpulanya, kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Namun begitu, walaupun dosa kita setinggi bangunan sekalipun, pengampuanan Allah adalah seluas lautan. Justeru itu, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah kerana Allah maha pengampun lagi maha penyayang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.