Connect with us

AGAMA

Tarikh Puasa 2021 Dan Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadhan

Published

on

Tarikh Puasa 2021

Tarikh Puasa 2021. Diam tak diam lagi beberapa bulan sahaja lagi kita bakal melangkah ke bulan yang sangat kita nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan.

Tarikh Puasa 2021

Mana tidaknya, bulan ramdhan adalah bulan yang sangat mulia dan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala. Justeru itu, pada bulan Ramdhan inilah masing-masing akan mula berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah bagi mengumpul seberapa banyak pahala. Tidak hairanlah, bulan Ramdhan ini adalah bulan yang sangat di tunggu-tunggu oleh setiap umat islam di seluruh negara.

Bilakah Tarikh Puasa 2021??

Tarikh Puasa 2021

Walaupun puasa pada tahun ini bulan Ramadhan di negara kita di sambut dalam keadaan negara kita berada dalam keadaan penularan wabak Covid-19, tetapi ia umat islam di negara kita menantikan ketibaan bulan Ramadhan yang mulia.

Tetapi bilakah tarikh puasa 2021?? Tarikh puasa 2021 adalah pada 13 April 2021 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 H.

Baca Juga:

Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

Tadi admin sudah bagitahu mengenai tarikh Puasa 2021, kini tiba masanya apa amalan sunat yang boleh kita lakukan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah. Ia juga adalah bulan yang mana kita boleh mnegumpul seberapa banyak pahala.

Tarikh Puasa 2021

Justeru itu, pada bulan Ramadhan inilah kita perlu melakukan seberapa banyak amalan sama ada amalan wajib dan juga amalan sunat. Antara amalan sunat yang boleh kita lakukan ialah:

1- Solat Terawih

Solat Terawih seringkali dilakukan pada waktu malam sepanjang bulan Ramadhan. Pada waktu ini, surau dan masjid di seluruh negara kita akan di penuhi oleh umat islam di negara kita bagi menunaikan solat Tarawih. Walaupun pada tahun ini berkemungkinan solat terawih tidak akan diadakan tetapi kita tetap boleh melakukanya di rumah bersama dengan keluarga masing-masing

2- Menyegerakan Buka Puasa

Sebagai umat islam, kita juga di ajar untuk menyegerakan berbuka puasa. Walaupun kita tidak sempat menjamah makanan kerana mungkin pulang lewat tetapi setidaknya kita menyegerakan berbuka puasa dengan memakan buah kurma dan juga kuih muih. Ia juga adalah amalan sunat yang dilakukan oleh nabi Muhammad Apabila tibanya waktu berbuka puasa. Justeru itu, kita akan mendapat pahala jika menyegerakan berbuka puasa.

Baca Juga: Doa Sebelum Tidur: Makna Doa Dan 2 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sebelum Tidur

3- Membaca Al-Quran

Tidak ada sebarang aktiviti sewaktu bulan puasa??

Apa kata anda penuhkan rutin harian anda sepanjang bulan ramadhan dengan bertadarus Al-Quran. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang anda sepanjang bulan Ramadhan tetapi juga anda akan mendapat banyak pahal kerana melazimi ayat Al-Quran. Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan tadarus Al-Quran secara beramai-ramai. Selain itu, anda juga boleh mengadakan tadarus Al-Quran bersama dengan ahli keluarga anda.

4- Melakukan Qiamullail

Ini juga antara amalan sunat yang seringkali di lakukan oleh umat islam. Setiap dari kita pasti akan menggunakan waktu malam di bulan Ramadhan dengan bangun pada waktu malam dan menunaikan ibadah pada waktu waktu malam terutama sekali pada 10 malam yang terakhir. Mana tidaknya, pada 10 malam terakhir inilah setiap dari kita kebanyakkan dari kita akan melakukan qiamullail dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah.

5- Bersedekah

Selain dari amalan sunat di atas, bersedekah juga antara amalan sunat yang sering dilakukan oleh umat islam di negara kita. Tidak kiralah sama ada individu perseorangan mahupun badan kerajaan atau badan bukan kerajaan, masing-masing akan mengambil peluang ini untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Tidak kiralah sama ada sedekah wang ringgit mahupun makanan kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Mula Melakukan Persiapan Untuk Menyambut Bulan Ramadhan Yang Bakal Tiba

Kesimpulanya, dengan tarikh puasa 2021 yang admin kongsikan ini, menunjukkan bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Justeru itu, dengan tarikh puasa 2021 yang semakin hampir, kita perlu mula melakukan persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Jadi, dengan tarikh puasa 2021 yang semakin dekat ini, mana yang belum mengganti puasa, apa kata anda mulai mengganri puasa dan mula melakukan puasa sunat mulai dari sekarang.

Rujukan: JAKIM

Public Holiday Malaysia

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.