Uncategorized
Waktu Maghrib : 4 Sebab Kita Di Larang Keluar Waktu Maghrib
Apabila tibanya waktu maghrib, sudah pastilah setiap dari kita akan mula berada di dalam rumah masing-masing. Malah, sejak dari kecil lagi kita seringkali di didik dan di ajar untuk berada di dalam rumah apabila tiba waktu maghrib.

Malah, apabila tibanya waktu maghrib kita akan mula menutup pintu rumah dan tingkap rumah dan pada waktu ini kita sudah mandi dan bersiap sedia untuk menunaikan solat. Bukan itu sahaja, kita juga sangat di galakkan untuk tidak membenarkan anak kita berada di luar rumah.
Sebab Di Larang Berada Di Luar Rumah Pada Waktu Maghrib
Apabila hampir masuk waktu maghrib, ibu bapa akan mula panggil anak-anak mereka untuk pulang ke rumah. Ia bukan sahaja, di amalkan oleh ibu bapa pada masa kini, tetapi sejak dari dahulu lagi kita telah di didik untuk tidak berada di luar rumah apabila hampir waktu maghrib.

Sebenarnya ada sebab kenapa kita di larang berada di luar rumah pada waktu maghrib. Malah, dalam islam juga sangat tidak menggalakkan kita untuk berada di luar rumah pada waktu maghrib. Ia ada di sebut Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)
Sumber: Website Mufti Wilayah Persekutuan
Baca Juga: Asmaul Husna : 99 Nama Allah Dan Maksudnya
Kenapa Kita Dilarang Berada Di Luar Rumah Waktu Maghrib??
Antara sebabnya ialah:
1- Syaitan Berkeliaran
Pada waktu maghrib inilah waktu untuk jin dan syaitan berkeliaran. Justeru itu, pada waktu ini kita perlu menutup pintu dan tingkap ruma supaya jin merka tidak mendatangkan kemudharatan kepada kita dan keluarga kita. Justeru itu, sebelum masuknya waktu senja kita perlu berada di dalam rumah.
2- Nyamuk Mula Aktif
Selain itu, pada waktu ini juga nyamuk aedes sedang aktif. Justeru itu, pada waktu inilah kita mudah terkena gigtan nayamuk yang seterusnya boleh menyebabkan kita terkena demam denggi dan pelbagai lagi penyakit lain yang berpunca dari nyamuk.
3-Untuk Bersiap Melakukan Ibadah
Pada waktu ini, kita sudah mula bersiap-siap seperti membersihkan diri untuk kita menunaikan ibadah dengan selesa.
4- Masa Untuk Beribadah
Waktu siang kita telah gunakan untuk mencari rezeki. Jadi, pada waktu ini adalah permulaan untuk anda anda bersama dengan keluarga serta masanya untuk kita melakukan ibadah bersama dengan ahli keluarga kita.

Apa Yang Perlu Kita Lakukan
Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan apabila tiba waktu senja. Antaranya ialah:
1) tutup pintu dan tingkap rapat-rapat
2) tutup tempat makanan
3) jangan keluar rumah
4) Bersihkan diri
5) bentengi diri dan keluarga dengan doa dan berzikir
6) ganti lampin bayi sebab syaitan suka tempat yang kotor dan najis
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

