Connect with us

Uncategorized

Mandi Wajib : Panduan dan 8 Perkara Sunat Apabila Mandi Wajib

Published

on

Mandi wajib

Apa yang di makksudkan dengan mandi wajib?? mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Ia biasanya dilakukan oleh seorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak atau mereka yang telah berkahwin dan telah melakukan persetubuhan. Ia perlu dialkukan oleh setiap dari umat islam supaya diri kita benar-benar berada dalam keadaan yang bersih untuk melakukan ibadah.

Hukum Mandi Wajib Bagi Diri Kita

Mandi wajib bukanlah hanya semata-mata mandi sahaja tetapi hukumnya adalah wajib bagi kita umat islam. Terutama sekali apabila sudah keluar air mani, haid atau nifas. Ia supaya diri kita berada dalam keadaan yang benar-benar bersih untuk melakukan ibadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam keadaan yang suci dan bersih.

Untuk mengetahui hukum orang berjunub tidur sebelum mandi wajib. Klik di sini 

Antara Sebab Kita Perlu Mandi Wajib

Ada beberapa sebab kenapa kita perlu mandi wajib. Antara sebabnya ialah:

  1. Bersetubuh (Berjimak)
  2. Keluar air mani secara sengaja atau tidak
  3. Mati selain mati syahid
  4. Datangnya haid
  5. Keluar darah nifa
  6. Wiladah

Jenis-Jenis niat mandi wajib

Ada beberapa niat yang perlu anda tahu. Ada antara niatnya di baca secara umum dan ada yang di baca secara khusus. Antara niatnya ialah

1- Niat Mandi Hadas Besar (Umum)

Niat mandi wajib 1

Bacaan Rumi:

Nawaitu Raf ‘al Hadasil  Akbari Lillahi Ta’ala.

Maksudnya:

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

2- Niat Mandi Junub (Khusus)

Niat mandi wajib 2

Bacaan Rumi:

Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala

Baca Juga : Doa Buka Puasa Serta 5 Adab Buka Puasa

3- Niat Mandi Wajib Haid (Khusus)

Niat mandi wajib 3

Bacaan Rumi:

Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.

4- Niat Mandi Wajib Nifas

Niat Mandi wajib 4

Bacaan Rumi:

 Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Rukun Mandi Hadas Besar

Ada beberapa rukun mandi hadas besar yang wajib ada tahu. Antaranya ialah:

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Cara Mandi Wajib Yang Sesuai

Cara yang sesuai untuk melakukanya adalah seperti berikut:

  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.

8 Perkara Sunatnya

Antara perkara sunatnya adalah seperti berikut:

  • Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
  • Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
  • Berwuduk
  • Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali
  • Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
  • Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
  • Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
  • Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk

Kita Perlu Sentiasa Menjaga Kebersihan Diri

Kesimpulanya, sebagai orang islam kita wajib menjaga kebersihan diri kita dengan sangat baik. Malah, dalam islam juga mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan diri kita. Ia supaya diri kita terhindar dari penyakit yang boleh membahayakan diri kita. Bukan itu sahaja, kita juga perlulah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih apabila sedang mengerjakan ibadah kerana ia adalah tuntutan di dalam islam.

 

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.