Connect with us

Uncategorized

Rukun Iman Dan 6 Maksud Rukun Iman

Published

on

Rukun_Iman

Sebagai umat islam kita wajib mengetahui mengenai rukun iman. Ia melambangkan kita mempunyai keimanan yang kukuh di dalam diri kita.

Ia juga melambangkan kita berpegang teguh dengan segala ajaran dalam islam dan secara tidak langsung ia melambangkan kita sebagai seorang umat isam yang mempunyai jati diri dan keimanan yang teguh. Dalam pada masa yang sama jika kita menghayatai dan mengamalkan segala rukun iman.

Rukun_Iman

Maksud Rukun Iman

Apa yang dimaksudkan dengan iman?

Maksud Iman dari  segi bahasa  adalah percaya, yakin dan membenarkan.

Manakala, makna iman dari  segi syarak  pula adalah percaya dengan hati, mengaku iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.

Jadi, sebagai seorang yang beragama islam kita bukan sahaja perlu mempercayai tetapi juga perlu beramal dengan rukun iman. Dengan cara ini ia membuatkan keimanan kita lagi bertambah kuat.

6 Perkara Rukun Iman

Rukun_Iman

1. Beriman kepada ALLAH SWT

Sebagai seorang yang beragama islam, kita telah di ajar sejak dari kecil lagi, Allah SWT adalah wujud. Buka itu sahaja, kita juga perlu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.

Justeru itu, sebagai seorang yang beragama islam kita tidak boleh sesekali mempertikaikan atau tidak mempercayai mengenai kewujudan Allah SWT

2. Beriman kepada Malaikat

Selain itu, kita juga perlu beriman kepada malaikat. Ia merupakan rukun iman yang kedua. Kita harus mempercayai dan yakin bahawa para malaikat

Rukun_Iman

Baca Juga : Mandi Wajib : Panduan dan 8 Perkara Sunat Apabila Mandi Wajib

3. Beriman kepada Kitab

Kitab adalah mashaf yang di turunkan oleh allah kepada para nabi kita. Kitab ini dijadikan sebagai pedoman buat seluruh umat islam supaya kita tidak tersesat dan supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menggugat keimanan kita.

4. Beriman kepada Rasul

Sebagai seorang yang beragama islam, kita wajib untuk beriman dengan semua para rasul yang telah di utuskan oleh Allah tanpa sebarang perbezaan. Ini kerana, para rasul telah menyampaikan wahyu daripada Allah kepada para manusia untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengangan supaya kita menjadi seorang umat islam yang sentiasa beriamn kepada Allah SWT.

Rukun_Iman

5.  Beriman kepada Hari Kiamat

Setiap dari kita telah di ajar semanjak dari kecil segala yang ada di bumi ini bakal hancaur dan kita akan di bangkitkan semula pada hari kiamat. Justeru itu, sebagai seorang yang beragama islam kita wajib mempercayai bahawa hari kiamat itu benar-benar wujud. Malah, ia adalah satu perkara yang wajib kita percaya dalam hidup kita.

6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ini telah ditentukan oleh Allah SWT. Justeru itu, kita tidak boleh menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap diri kita. Bukan itu sahaja, kita juga perlu beriman dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.

Penerangan mengenai huraian kepada rukun iman ini ada diterangkan dengan lebih mendalam ada di terangkan di dalam akhbar harian metro online bahagian Addin yang bertarikh 18 Julai 2020. Atau anda boleh klik di sini

Hayati Dan Fahami Rukun Iman Dengan Lebih Mendalam

Kesimpulanya, sebagai seorang mukmin sejati kita perlulah menghayati dan memahami maksud rukun iman dengan lebih mendalam. Dengan memahami maknanya dengan lebih mendalam ia secara tidak langsung akan membuatkan kita menjadi seorang mukmin yang berpegangan teguh dengan agama islam dan iman tidak mudah tergugat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.