Panduan Takbir Raya Dan 5 Kelebihan Takbir Raya

Takbir Raya. Hari raya adalah waktu yang sangat dinati-nantikan oleh umat islam sama ada dari dalam mahupun di luar negara.

Takbir raya

Mana tidaknya pada waktu inilah peluang untuk kita berjumpa dengan sanak saudara yang jauh dan pada waktu ini jugalah kita akan mula berkumpul bersama keluarga. Ssudah pastilah pada waktu ini meriah dengan pelbagai aktiviti raya bersama dengan keluarga masing-masing. Salah satu perkara yang kita akan selalu lakukan apabila tibanya hari raya ialah takbir Raya

Takbir Raya Dan Maknanya

Takbir raya biasanya dilakukan sewaktu sebelum solat dan selepas selesai solat hari raya. Tidak kiralah sama ada, anda sembahyang di masjid atau surau atau bersama keluarga takbir raya pasti akan di baca Jom kami unjukkan takbir raya berserta maknanya sekali

Takbir raya

Bacaan Rumi

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illallahu wallahu akbar, Allaahu akbar walillaahil hamd’, Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruunLaa ilaaha illallallahu wahdah sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’

Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam),

Walaupun dibenci oleh golongan kafirTidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang menolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-NyaTidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Baca Juga: Niat Puasa Ganti Dan 5 Golongan Yang Wajib Ganti Puasa

Kelebihan Takbir raya

Takbir raya

Takbir bukan hanya di lafaz kerana hendak melengkapkan solat sunat hari raya sahaja. Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya buat kita sebagai umat islam. Antara kelebihanya ialah:

  1. Untuk menzahirkan rasa syukur ke atas kebesaran allah
  2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan
  3. Sebagai lambang perpaduan dan kekuatan ummah kerana mengagungkan allah dan bertakbir bersama di seluruh negara.
  4. Ia dapat mneyejukkan jiwa dan dalam pada masa yang sama dapat menenangkan fikiran
  5. Sebagai penyubur ukhwah dalam mengukuhkan hubungan sesama islam antara satu sama lain
  6. Sebagai tanda keinsafan

Jenis-Jenis Takbir Yang Perlu Anda Tahu

Ada beberepa jenis takbir raya yang perlu anda tahu. Jenis takbir raya ini ada di jelasakan dalam website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan. Antara takbir tersebut ialah:

Takbir Mursal: Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.

Takbir Muqayyad: Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu.

Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.[1] Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW:

Leave a Comment

error: Content is protected !!