Uncategorized
Doa Selepas Azan: Maknanya Dan 5 Perkara Sunat Sewaktu Melaungkan Azan
Doa Selepas Azan azan adalah salah satu perkara sunnah yang perlu kita lakukan setiap kali selepas azan solat fardhu dilaungkan.
Semenjak dari kecil lagi kita telah di ajar serta telah di didik untuk membaca doa setiap kali selepas azan dilaungkan pada setiap waktu solat fardhu. Malah, setiap kali selepas azan solat fardhu di siarkan di Tv, pada penghujungnya pasti akan ada doa selepas azan. Ia akan di ulang tayang sehingga lama-kelamaan kita mula hafal doa tersebut.
Bacaan Doa Selepas Azan Dan Maknanya
Tetapi pernah atau tidak kita memahami maksud doa tersebut? Pada kali ini kami nak terangkan kepada anda bacaan serta makna doa tersebut.
Bacaan Dalam Rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Amalan Sunat Sewaktu Melaungkan Azan
Selain dari doa selepas azan, sewaktu sedang melaungkan azan, ada beberapa perkara sunat yang boleh kita lakukan. Antaranya ialah:
- Berwuduk
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdiri sewaktu azan
- Dilakukan di tempat yang tinggi
- Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
- Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
- Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka
Baca Juga: Solat Hajat : Panduan Ringkas Dan 4 Kelebihanya
Adakah Doa Selepas Azan Boleh Di Baca Juga Sewaktu Selepas Iqamah??
Timbul pula persoalan, adakah doa selepas azan boleh di baca juga selepas iqamah?. Dalam soal ini, ada beberapa pendapat dari para ulama yang memberikan pandangan yang berbeza. Antaranya ialah:
- Ulama’ mazhab Syafi’e mensunatkan bacaan doa selepas iqamah sebagaimana azan. Ini merupakan pandangan Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Khatib as-Syarbini. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/122; Tuhfatul Muhtaj, 1/482; Mughni al-Muhtaj, 1/329)
- Imam Ibn Qudamah dari mazhab Hanbali mensunatkan untuk berzikir bagi yang mendengar iqamah dengan zikir yang warid sebagaimana yang dilakukan ketika azan. (Rujuk Al-Mughni, 1/310)
- Namun demikian, Imam Mardawi dari mazhab Hanbali menyebut tidak ada doa yang disunatkan untuk dibaca selepas iqamah dan sebelum takbiratul ihram. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati ar-Rajih min al-Khilaf, 2/41)
- Sebahagian ulama’ turut menambah bahawa disunatkan untuk berdoa apa-apa sahaja yang disukai setelah selesai iqamah, dan ia dilakukan oleh Imam Ahmad yang berdoa sambil menadah kedua-dua tangannya. (Rujuk Mathalib Uli an-Nuha, 1/303)
Pandangan dari para ulamak ini ada diterangkan di sini
Kita Perlu Mengamalkan Membaca Doa Selepas Azan Setiap Kali Selepas Azan
Kesimpulanya, setiap kali selepas azan berkumandang kita sangat digalakkan untuk membaca doa. Ia bukan sahaja mendapat pahala tetapi dengan membaca doa ia melambangkan kita menghormati dan mengagungkan Allah SWT. Bukan itu sahaja, dalam pada masa yang sama ia memberikan kita peluang untuk berselawat ke atas nabi Muhammad dan mengasihi nabi Muhammad.
Justeru itu, hayatilah setiap makna dalam doa selepas azan tersebut dan sentiasalah mengamalkan bacaan doa selepas azan setiap kali anda mendengar azan solat fardhu.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.